Make your own free website on Tripod.com

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Segala puji dan selawat kepada Nabi pilihanNya Muhammad SAW. Kami bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya, tugasan bagi memenuhi keperluan subjek Islam Dan Isu-Isu Semasa yang releven untuk memperkasakan para pelajar dalam dunia yang bergerak kearah aliran globalisasi disamping mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam pengkhususan masing-masing.

             Kajian saya yang bertajuk Isu-Isu Yang Menggugat Kewibawaan Islam memberikan sedikit sumbangan dalam mengembangkan ilmu pengetahuan bukan sahaja bagi saya yang mengkaji malah diharap dapat dimanfaatkan oleh mereka yang lain untuk kajian yang lebih lanjut.

            Umat Islam hari ini berhadapan dengan berbagai rintangan disaat dunia menuju ke zaman akhirnya seperti yang telah dijanjikan oleh Allah SWT. Saban hari golongan kuffar terus menjalankan perencanaan mereka menghapuskan Islam yang nyata menjadi musuh nombor satu mereka. Usaha ini bukan sahaja terbatas kepada tindakan berbentuk ketenteraan, tetapi juga dalam bentuk pengaruh terhadap perlakuan dan cara hidup umat Islam.

             Selain ancaman terang-terangan dari musuh-musuh Islam, umat Islam sendiri juga tidak terlepas dari usaha mensabotaj agama mereka sendiri.  Sesungguhnya ia lebih berbahaya kerana menjadi duri dalam daging yang merosakkkan kewibawaan Islam secara senyap-senyap dan halus.

            Atas semua kepincangan yang berlaku, umat Islam hendaklah kembali kepada syariat Allah SWT  yang saban hari semakin diabaikan. Islamlah satu-satunya jalan keluar kepada permasalahan ini. Umat Islam patut meletakkan Islam di tempat yang setaraf dengannya iaitu Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya.

            Tajuk-tajuk yang dibincangkan merangkumi isu-isu yang menggugat kewibawann Islam iaitu krisis nilai yang berlaku, salah faham terhadap Islam, penghinaan ulama, sindiran terhadap hukum syariah,dan gejala murtad.Pada akhir kajian, dipaparkan pula tindakan-tindakan yang wajar dilakukan untuk   menangani isu-isu ini, berdasarkan kajian dan pembacaan kami.

    Semua perbincangan dalam setiap tajuk dikupas untuk memberikan gambaran yang jelas mengenai perkara-perkara yang menjadi ancaman kepada umat Islam pada masa kini.

            Rujukan tambahan melalui daftar bibliografi disertakan pada setiap perbincangan dan kajian lanjutan bagi menambahkan kefahaman berkenaan tajuk ini boleh diteruskan lagi kerana perbincangan berkenaan tajuk ini semakin meluas dari masa ke semasa kerana ia bertindakbalas dengan isu-isu yang berlaku di seluruh dunia. 

            Saya juga ingin  merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada pensyarah saya Profesor Madya Aminuddin Ruskam Al-Dawamy yang memberikan kesempatan kepada  kami untuk membuat kajian ini. Juga ibu bapa saya yang tidak jemu-jemu memberikan dorongan untuk terus menimba ilmu pengetahuan di Universiti Teknologi Malaysia ini. Akhirnya saya memanjatkan doa kehadrat Allah SWT supaya dilimpahkan rahmat kepada semua pencinta ilmu pengetahuan yang terdiri dari golongan pendidik dan pelajar yang tidak jemu-jemu berusaha untuk memartabatkan Agama Allah SWT di muka bumi ini, serta berlindung kepadanya dari ilmu yang tidak bermanfaat. AMIN YA RABBAL ALAMIN.

2.0       Krisis Nilai

2.1       Pendahuluan

            Krisis nilai dikalangan umat Islam pada hari ini sememangnya adalah suatu  perkara yang amat membimbangkan. Ini kerana mereka sepatutnya terdorong kepada jalan kebaikan kerana telah menganuti satu agama yang begitu syumul yakni Islam. Fenomena ini sudah pastilah akan menggugat kewibawaan Islam itu sendiri yang telah menyediakan garis panduan yang lengkap memandu mereka ke arah kebaikan yakni Al-Quran dan As-Sunnah Rasulullah SAW.

2.2       Budaya Ciptaan

            Seringkali kita mengaitkan budaya atau cara hidup dengan perkara-perkara yang baik. Tetapi apa yang terjadi sekarang ini ialah pihak kuffar telah meresapkan budaya yang nyata bertentangan denagan nilai-nilai Islam. Berbagai aliran budaya dibawa masuk terutama pada zaman kerancakan proses globalisasi di seantero dunia pada masa kini. Kita mungkin sudah sinonim dengan budaya punk, black metal, skin head,dan sebagainya yang terkadangnya bukan sekadar mempengaruhi cara berpakaian dan pergaulan seseorang individu malah ada diantaranya yang diklasifikasikan sebagai ajaran tertentu seperti black metal yang melakukan upacara penyembahan darah haiwan yang nyata membawa kesesatan. Sebenarnya tidak timbul soal terikut-ikut budaya songsang ini, kerana kita telah dikurniakan model yang baik oleh Allah SWT untuk menjalani kehidupan yang mulia iaitu denagn mencontohi peribadi Rasulullah SAW. Malah Rasulullah amat membenci orang Islam yang menyerupai penganut agama lain.

Budaya tidak sihat ini yang kemudiannya membawa kejadian yang lebih berat seperti membunuh, merogol dan mencuri yang sememangnya memberikan gambaran yang buruk kepada Islam itu ssendiri jika pelakunya ialah di kalangan umat Islam. Sepatutnya kita merenungi tujuan asal penciptaan kita yang disebutkan Allah SWT dalam Surah Az-Zariat ayat 56 yang bermaksud:

”Tidak aku ciptakan jin dan manusia kecualilah semata-mata untuk beribadah kepada-Ku”.

 2.3       Umat Akhir Zaman

            Dunia telah pun menjangkau usia yang tua dan kita kini bolehlah digelar sebagai umat akhir zaman. Tanda-tanda itu telah pun jelas terpapar kepada kita seperti kemaksiatan yang dilakukan secara berleluasa dan terang-terangan. Perangkaan-perangkaan menunnjukkan bagaimana meningkatnya kegiatan maksiat seperti satu kajian yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Universiti Malaya, dan sebuah syarikat swasta terhadap remaja dalam kelompok remaja yang berusia 15 hingga 21 tahun . Hasil kajian menunjukkan 13% daripadanya pernah melakukan hubungan seks pra perkahwinan dan dikatakan kebanyakkannya terdiri dari Melayu-Islam.

            Arak juga menjadi suatu perkara yang mudah didapati di negara-negara Islam. Malah ada antara negara Islam mempunyai kilang-kilang pembuat arak yang kemudiannya dieksport pula ke luar negara. Adalah jelas bukan sahaja mereka yang meminum sahaja menerima dosa malah mereka yang telibat kepada pembuatan  dan penghantarannya juga menerima impak yang sama. Malah ada negara-negara Islam mempunyai sistem yang tersusun dalam perdagangan arak ini seperti proses pengeluaran lesen dan sebagainya.

            Judi amalan kesukaan masyarakat jahiliyah  juga menular masuk ke negara-negara Islam yang mana wujud syarikat-syarikat gergasi dalam industri perjudian. Apa yang menjadi masalah ialah ia  boleh dilakukan dengan saluran yang sah walaupun bukan sahaja Islam, malah kebanyakan agama mengutuk perbuatan ini.

2.4       Silaturahim Umat

            Suatu perkara yang menjadi tunjang kekuatan Islam ialah ikatan silaturahim antara penganutnya sehingga mereka diisytiharkan sebagai bersaudara. Apa yang merunsingkan ialah ikatan ini semakin longgar apabila Umat Islam sendiri terkadang menjadi duri dalam daging kepada umat Islam yang lain. Kita boleh sahaja merujuk terus kepada bagaiman banyak negara-negara Islam seperti Kuwait dan Pakistan memberikan laluan yang mudah kepada tentera Amareka menyerang Iraq dan Afghanistan.

 Firman Allah SWT dalam Surah Al-Hujurat ayat 10 yang brermaksud:

” Sesungguhnya orang yang beriman itu adalah bersaudara . Maka damaikanlah diantara kedua saudaramu itu dalam bertaqwa kepada Allah SWT supaya kamu mendapat rahmat”

Persaudaraan yang diikat dengan asas keimanan akan membentuk suatu hubungan yang kukuh diantara umat Islam dan dengan itulah lahirnya perasaaan dan semangat bantu membantu dan tolong menolong dalam ertikata sebenarnya diantara satu sama lain akan terealisasi.

2.5       Kesimpulan

            Krisis nilai yang berlaku keatas umat Islam pada hari ini sebenarnya membawa gambaran buruk kepada sifat ajaran Islam itu sendiri. Seharusnya setiap umat Islam menerap didalam jiwa supaya menolak anasir luar yang buruk sebaliknya menumpukan perhatian kepada perkara-perkara yang dituntut oleh Allah SWT dalam Al-Quran dan hadis Rasulullah SAW. Kedua-dua pusaka peninggalan Rasulullah SAW ini mampu menjadi benteng yang amat kukuh kepada kita yang bergelar umat akhir zaman yang huidup dalam keadaan cabaran keimanan yang kuat sehingga dikatakan akan sampai kesuatu tahap seperti menggenggam bara api .

 3.0       Isu Keganasan

3.1       Pendahuluan

Satu perkara yang amat menyedihkan apabila Islam, yang daripada segi bahasanya turut membawa maksud kesejahteraan dianggap agama yang sinonim dengan keganasan. Apatah lagi apabila umat Islam sendiri membuat tanggapan sebegitu. Malah ada yang menganggap Rasulullah s.a.w menyebarkan Islam menggunakan mata pedang. Sesungguhnya, ini adalah satu fitnah yang amat dasyat, sebahagian daripada strategi musuh-musuh Islam menghilangkan minat orang bukan Islam untuk mendekati agama ini disamping menghilangkan keyakinan umat Islam terhadap agama mereka sendiri. Iran, Libya, Sudan,Syria, Korea Utara dan Cuba disenaraihitamkan sebagai negara-negara penaja keganasan oleh Kongress Amerika Syarikat. Empat daripadanya negara Islam.

3.2       Peniupan Propaganda

Media massa dan dunia hiburan menjadi senjata utama musuh-musuh Islam. Filem Executive Decision dan The Siege merupakan dua contoh terbaik. Executive Decision memperihalkan tentang pengganas fundamentalis Islam yang merampas pesawat terbang. Adegan solat, wudu' dan azan jelas digambarkan dalam filem The Siege. Kenneth R. Timmerman pula menulis artikel mengenai Osama bin Laden yang bertajuk This Man Bankrolls Terror dalam Reader's Digest Ogos 1998.

3.3       Islam Dijadikan Kambing Hitam.

Ada pula aktiviti keganasan yang kesalahannya sengaja diletak pada umat Islam. Umat Islam dijadikan kambing hitam oleh pihak-pihak barat sekiranya pengganas sebenar tidak dijumpai. Dengan jatuhnya Kesatuan Republik Sosialis Soviet, maka Amerika mencari pihak lain untuk dijadikan musuh utamanya..

Satu contoh terbaik ialah apa yang menimpa Osama Bin Laden. Osama sebenarnya  adalah seorang tokoh yang banyak mengorbankan harta dan nyawanya untuk Islam. Mereka yang pernah bertemu dengannya amenganggap dia seorang yang lemah lembut dan bersopan-santun. Osama, meskipun seorang jutawan, sering menghabiskan masanya di gua-gua Afghanistan,            bukannya di istana-istana mewah. Apabila Russia menawan Afghanistan pada 1979, Osama membantu tentera mujahidin disamping membawa masuk beribu-ribu orang Arab dari Saudi untuk berjihad menentang Soviet.

3.4       Justifikasi Keganasan

Kita harus melihat latar belakang umat Islam masa kini dan dahulu sebelum membuat apa-apa kesimpulan. Bosnia Herzegovina, Kosova, Chechnya, Algeria, Palestin, Iraq, Afghanistan, Eritrea dan Myanmar dan lain-lain mengalami penderitaan yang amat dasyat. Anak-anak dibunuh, isteri diperkosa dihadapan mata, tanah-tanah dan hak mereka dirampas sesuka hati, ladang-ladang mereka dimusnahkan, masjid-masjid dicalit najis, hendak beribadah amat sukar, kampung halaman dibakar. Survival akidah dan bangsa mereka juga melalui cabaran yang hebat. Hasilnya,ada diantara mereka bertindak balass dalam keadaan yang serba kekurangan. Maka tertubuhlah skuad-skuad penyerang berani mati seperti di Palestine yang sememangnya amat tertindas dan tertekan di bawah penguasaan rejim Yahudi

Dalam tekanan sedemikian, mereka tiada tempat untuk meminta pertolongan. PBB menjadi boneka mainan kuasa-kuasa barat. OIC sekadar conference yang tidak menyusul dengan tindakan. Maka dalam keadaan sebegitu rupa, mereka perlu melakukan sesuatu untuk menarik perhatian dunia. Demi menyatakan penderitaan mereka kepada masyarakat dunia. Keganasan dalam keadaan tertentu boleh diterima (Terrorism under certain circumstances can be justified).

3.5       Umat Islam Dilabel Pengganas

Begitu banyak peristiwa yang mampu membawa kite merenungi senario keganansan yanng berlaku di seluruh dunia.

a)         Abdel Basset Ali Mohammad Al-Megrahi dan Lamen Khalifah Fhimah meletupkan penerbangan 103 Pan Am pada 1988 yang membunuh 270 orang.
b)         Mohamed Rashed Daoud al 'Owhali meletupkan kedutaan Amerika di Nairobi, Kenya pada 9 Ogos 1998 yang membawa maut kepada 253 orang.
c)         Ramzi Yousef meletupkan World Trade Center, New York pada 1993.
d)         Serangan terhadap anggota pasukan pengaman Amerika di Somalia pada 1993, menyebabkan pengunduran anggota pasukan tersebut.
e)         Pengeboman Pusat Latihan Pengawal Kebangsaan Saudi di Riyadh pada 1995.
f)          Pengeboman Menara Khobar di Dhahran pada 1996.
g)         Penyembelihan rakyat Algeria beramai-ramai oleh penyokong fundamentalis Islam, Islamic Salvation Front (FIS).
i)          Pembunuhan beramai-ramai rakyat Kristian di selatan Sudan oleh kerajaan fundamentalis negara tersebut.
j)          Pembunuhan 58 pelancong asing di Mesir.
k)         Pembunuhan empat pekerja syarikat minyak Amerika di Pakistan.

3.6       Islam Agama Keamanan

Islam tidak pernah menyuruh umatnya menjadi pengganas. Malah umat Islam perlu menghormati musuh yang hendak berdamai. Sepertimana firman Allah s.w.t dalam ayat 8, Surah Al-Mumtahah :

"Allah tidak melarang kamu berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu kerana agama dan tidak pula mengusirmu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berlaku adil."

                         1

Gambar: Almarhum As-Syahid Sheikh Ahmad Yassin. Mujahid yang tua dan cacat ini juga tidak terlepas dari gelaran pengganas oleh musuh-musuh Islam.

            

3.7       Kesimpulan

 

            Islam bukanlah agama keganasan, malah agama yang amat menganjurkan kasih sayang sesama manusia. Musuh-musuh Islam sentiasa mencari jalan untuk terus memainkan isu ini dari masa ke semasa.. Untuk itu, umat Islam perlulah menghindarkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh merosakkan kesucian  nama Islam itu sendiri dan mencari jalan yang penuh berhikmah untuk mencari penyelesaian atas krisis-krisis yang berlaku.

 4.0       Salah Faham Terhadap Islam

 

4.1       Pendahuluan

 

            Era globalisasi telah turut memesatkan industri media di serata dunia. Selaras dengan itu berbagai maklumat dapat disebarkan samada yang baik ataupun buruk. Ajaran Islam itu sendiri merasakan tempiasnya apabila wujud usaha musuh-musuh Islam menggunakan saluran media ini untuk memberikan tafsiran yang salah tentang Islam.

 

4.2       Perencanaan Golongan Orientalis.

             Orientalis adalah satu golongan pemikir dari barat yang melakukan kajian khusus berkenaan Islam. Mereka ini menulis berlandaskan akal semata-mata tanpa berlandaskan pengetahuan yang mendalam dalam ilmu wahyu. Ajaran Islam diputar belit supaya kelihatan sebagai agama yang  langsung tidak releven dan membawa ancaman. Ini dilakukan dengan harapan Islam itu dibenci dan dijauhi. Lebih teruk lagi ialah apabila golongan ini menyebarkan kajian mkereka dalam bentuk tulisan dan sebagainya.

             Terdapat sebahagian daripada ayat Al-Quran yang memerlukan tafsiran mendalam untuk mendapatkan makna yang sebenarnya. Ayat-ayat inilah yang selalunya diputarbelitkan oleh golongan orientalis yang terkadang menyongsangkan terus makna sebenar ayat tersebut. Ini termasuklah mengambil sebahagian sahaja ayat sehingga tafsiran yang salah diperoleh.

 4.3       Taktik halus

             Salah faham terhadap Islam juga bukan sahaja berlaku dengan kajian-kajian yang berbentuk formal sahaja, malah banyak lagi saluran lain digunakan seperti menggunakan pendekatan filem.  Sebagai contoh, seperti filem Melayu yang  menggambarkan bagaimana hukum sula dikaitkan denagn hukum Islam.. Adegan ini telah memberi gambaran yang salah terhadap Islam kepada yang mereka yang jahil terutamanya orang kafir.

 4.4       Kesimpulan.

              Masalah salah faham ini sepatutnya tidak berlaku sekiranya Al-Quran yang diturunkan Allah SWT dikaji dengan sebaiknya. Umat seharusnya mengorak langkah untuk berusaha memberi pembetulan kepada salah faham ini dengan mengadakan kajian  mendalam dan memberikan tafsiran sebenar tentang isi kandungan Al-Quran. Allah SWT berfirman dalam Surah Al-An’am yang bermaksud:

                 ”Tidak kami tinggalkan sedikitpun melainkan semuanya terkandung didalam Al-Quran”

 

5.0       Penghinaan Ulama’

5.1       Pendahuluan

Ulama diakui sebagai cendekiawan yang memegang autoriti dalam hal pengetahuan agama Islam. Dalam bahasa Arab, kata `ulama' merupakan bentuk jamak daripada kata `alim', iaitu orang yang mempunyai ilmu yang luas serta mendalam Pada mulanya, kata `alim' dan `ulama' merupakan sebutan bagi semua kelompok dan orang yang berkecimpung dalam lapangan ilmu pengetahuan. Pada abad kedua Hijrah muncul aneka ragam disiplin ilmu agama dan ilmu umum. Sejak itu sebutan ulama tenggelam dalam sebutan baru yang telah disesuaikan dengan disiplin ilmu yang digeluti oleh seseorang.

Ada hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang menyatakan: Sesungguhnya ulama adalah pewaris Nabi. Meskipun Ibnu Hajar al-Asqlani ahli hadis, beliau meragui kesahihan hadis ini, tetapi hadis ini sesuai dengan apa yang tercatat dalam al-Quran dalam surah Fatir ayat 32 yang bermaksud: Kemudian kitab itu kami wariskan kepada orang-orang yang kami pilih di antara hamba-hamba kami...

Penghinaan kepada ulama semakin menjadi-jadi ketika ini. Di seluruh dunia dapat disaksikan bagaimana golongan ulama ini seolah-olah hanya menjadi suatu simbol kepada agama. Fungsi mereka pula hanya dihadkan dalam upacara-upacara keagamaan seperti membaca doa, bertahlil, pengurusan jenazah, dan sebagainya. Sepatutnya golongan inilah yang menjadi sebahagian daripada pembuat dasar dengan mengeluarkan ijtihad-ijtihad tertentu dalam penstrukturan pentadbiran sesebuah negara.

 

5.2       Faham Sekular

             Faham sekular yang dibawa barat oleh barat sememangnya telah banyak meracuni negara-negara Islam samda disedari ataupun tidak. Malah ada negara Islam seperti Turki yang mengamalkan polisi sekularisme semata-mata ingin menyaertai Kesatuan Eropah. Sekularisme bolehlah ditafsirkan sebagai pemisahan diantara urusan keduniaan dengan agama. Lantaran itu ulama akan disingkir dari proses pentadbiran yang berkaitan keduniaa. Malah ada yang dsekat dari mengeluarkan pendapat berlandaskan ilmu mereka. Perkara ini biasanya terjadi sekiranya ijtihad itu bercanggah dengan kepentingan golongan pemerintah. Hasilnya akan berlaku pemenjaraan terhadap ulama ataupun kebebasan bersuara mereka disekat. Sebagai contoh ada kalangan negara Islam menagamalkan  sistem khutbah berpusat yang mengkehendaki para khatib membaca khutbah yang dibekalkan oleh pemerintah. Ini secara tidak langsung membelangkangkan ketinggian ilmu ulama itu sendiri. Persoalanya adakah uperanan ulama itu dimartabatkan sepunuhnya?

 

5.3       Ancaman terhadap Ulama

             Perselisihan antara golongan ulama’ dan umara’ sering  membawea kepada situasi yang tidak baik. Golongan umara’ yang mempunyai  kuasa akan sentiasa mencai jalan untuk menyekat golongan ulama yang tidak sealiran dengan mereka. Berbagai undang-undang digubal untuk mengekang golongan ulama ini daripada menyampaikan ilmu mereka yang bercanggah denagan pegangan para umara’. Antara tindakan-tindakan yang biasa dilaksanakan ialah seperti dipenjarakan, digam dari menyampaikan dakwah, dan dibidas secara terbuka kepada rakyat umum.

 5.4       Penyelewengan

             Satu perkara yang tidak dapat dielakkan ialah ada juga dikalangan mereka yang berpendidikan agama mengaku ulama berusaha untuk menyelewengkan amalan agama itu sendiri. Mereka ini mewujudkan tafsiran-tafsiaran baru dalam amalan beragama.. Golongan ini sebenarnya lebih berbahaya dari musuh Islam yang nyata kerana mereka mudah mempengaruhi golongan jahil agama untuk mengikut aliran mereka. Dalil-dalil dan nas-nas Al-Quran diputarbelitkan untuk menghalalkan sesuatu isu sehingga perkara yang nyata keharamannya boleh menjadi halal. Paling berbahaya apabila golongan ini diberi tempat dalam media arus perdana untuk menyebarkan fahaman meraka.       

        

 

Proffesor Dato’ Dr. Haron Din  yang pernah menjadi mangsa penghinaan …yang kononnya menjual air jampi.

 

 

 

Sepintas  lalu biodata ringkas Ulama’ kita…

 

DATO' DR. HARON DIN

Tarikh Lahir : 18 Ogos 1940

Tempat Lahir : Bohor Mali, Kangar, Perlis

Pendidikan : Kolej Islam Malaya (1962-1965) - Sijil Tertinggi Kolej dan Diploma Pendidikan
Al-Azhar, Cairo (1966-1968) - M.A. Syariah
Ain-Shams, Cairo University (1972-1974) - Ph.D Syariah

Profesyen Dahulu : Pensyarah
Profesor

Jawatan Pernah Disandang : Timbalan Dekan, Fakulti Pengajian Islam,
Universiti Kebangsaan Malaysia (1977-1985)

 

 

 6.0       Sindiran Terhadap Hukum Syariah

6.1       Pendahuluan

Untuk membentuk sebuah masyarakat yang berdisplin, penyayang, dan patuh kepada Allah SWT ialah melalui undang-undang dan peraturan. Undang-undang dan peraturan ini meruipakan displin yang mesti diikuti sepanjang hayat oleh muslimin dan muslimat.Undang-undang Islam adalah kemuncak dan merupakan asas pembentukan masyarakat. Tanpa undang-undang yang teratur, sesuatu tamadun tidak  akan tercapai. Melalui undang-undang yang kukuh terbentuk sebuah masyarakat yang berdisplin dan sebuah negara yang aman damai dibawah keredhaan Allah SWT.

6.2       Sindiran Berterusan

            Saban hari banyak periatiwa berlaku di selurtuh dunia yang boleh menggambarkan bagaimana hukum-hukum  Allah SWT diperkotak-katikkan. Kita boleh mengambil contoh tentang apa yang terjadi kepada syariat memakai tudung kepada muslimah di Turki dan Prancis. Di Turki seorang ahli parlimen wanita telah dihalau keluar semata-mata kerana berpegang teguh dengan syariat tersebut. Sementara di Prancis pula, ramai kanak-kanak Islam yang bersekolah digantung persekolahan mereka atas sebab yang sama. Ini menunjukkan bagaimana golongan-golongan ini meremeh-remehkan syariat Allah SWT di samping menggunakan kekerasan untuk menidakkannya.

            Media-media yang dikuasai barat juga turut terlibat sebagai  jentera besar dalam melaksanakna niat jahat musuh-musuh Islam ini .Satu contoh ialah apabila seorang kolumnis dari Amerika Syarikat iaitu Ann Coulter. Beliau menulis; “Untuk berbaik dengan orang lain adalah salah satu rukun dalam agama Kristian (dibanding dengan agama lain yang rukunnya menjurus kepada membunuh siapapun yang tidak berbau busuk dan tidak mengikuti seruan Muhammad).
Coulter juga menulis,” Nabi Muhammad mempunyai berbagai perintah untuk membunuh siapa saja yang mengingkarinya apabila ada kesempatan”.

 6.3       Propaganda Penjajah

            Banyak negara –negara Islam di serata dunia pernah mempunyai sejarah dijajah oleh kuasa-kuasa besar terutamanya dari barat. Golongan penjajah ini bukan sahaja  mengaut hasil bumi negara-negara Islam ini, tetapi juga turut menyebarkan fahaman-fahaman mereka yang ada diantaranya melencong terus dari syariat Allah SWT.Apa yang menyedihkan ialah walaupun kuasa penjajah ini telah meninggalkan mereka, tetapi budaya dan cara hidup mereka terus kekal sebati di sanubari masyarakat setempat. Satu contoh yang nyata ialah kebanyakan negara Islam kini menggunapakai undang-undang sivil yang hampir sama denagn pihak barat  sehingga membelakangkan undang-undang Allah SWT yang diisytiharkan wajib dilaksanakan oleh Allah SWT iaitu hudud, qisas, dan takzir. Firman Allah SWT dalam surah An-Nur ayat 2 yang bermaksud:

“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap kedua-duanya dalam menjalankan hukum Allah jika kamu benar-benar beriman kepada Allah SWT dan hari akhirat dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka  itu oleh sekumpulan dari orang yang beriman.”

Kebanyakan kita pada hari ini melihat bahawa undang-undang ini bersifat kejam. Malah ada orang Islam sendiri yang mengkritik hukuman  ini. Sesungguhnya Allah SWT yang Maha Mengetahui sesuatu perkara yang baik untuk hambanya dan setiap kejadian itu mempunyai hikmahnya tersendiri. Indahnya undang-undang ini ialah ia lebih bersifat kesedaran dan bukannya hukuman. Jika ia dilaksanakan sepenuhnya maka tidak mustahil negara-negara Islam akan terhindar  daripada gejala-gejala yang kurang sihat seperti jenayah.

6.4       Kesimpulan

           

Ancaman penghinaan hukum Islam ini bukanlah terjadi dari luar sahaja, malah orang Islam sendiri menunjukkan kecenderungan kearah itu. Mengikut senario semasa, sebanyak  53 buah negara Islam di dalam dunia ini tidak melaksanakan hukum yang disyariatkan Allah SWT. Maka, apa yang hendak diperkatakan apabila orang Islam sendiri menyisihkan hukum  Islam?

 7.0       ISLAM DAN KEWIBAWAAN

 

Islam berasal daripada perkataan ‘salam’.Permulaan perenggan ini memberikan suatu takrifan ringkas atau gambaran asas bagi Islam.Perkataan salam yang berasal daripada bahasa arab ini membawa erti kesejahteraan.Berbeza dengan agama laduni ciptaan manusia,Islam tidak lahir dari pemikiran ahli-ahli falsafah atau dari mana-mana tamadun,sebaliknya Islam lah yang mencipta tamadun,kerana agama ini adalah agama wahyu yang sumbernya adalah pencipta yang maha agung ALLAH subhanawataala dan merupakan agama pelengkap kepada agama-agama samawi yang terdahulu seperti agama kristian dan yahudi (sekarang sudah diselewengkan dari ajaran asal nabi musa dan isa).

 

Agama ini menganjurkan  kepada setiap makhluk supaya hidup bersahabat, bermuafakat, bertoleransi,serta mendokong prinsip kedamaian.Manusia sebagai khalifah di muka bumi ini memikul tugas berat dalam memakmurkan dunia ini berlandaskan prinsip-prinsip yang telah digariskan dalam islam.Islam sama sekali melarang kezaliman,pencerobohan,penindasan,pembunuhan serta pemusnahan harta benda.

 

Dalam hal ini Islam menggariskan 5 hak atau persoalan kemanusiaan bagi menjamin kesejahteraan manusia sejagat serta alam seluruhnya iaitu agama,akal,jiwa,keturunan dan harta,sekiranya Islam tidak memeliharanya maka semuanya akan hancur seperti mana yang dinyatakan oleh Ibnu Qayyim :

 

“Sesungguhnya syariat agama Islam itu ditegakkan atas dasar kebijaksanaan dan kemaslahatan,maka setiap persoalan hidup yang keluar daripada batas-batas keadilan dan kebijaksanaan akan membawa kepada ketidakailan dan keburukan,kekejaman,dan permasalahan lain,maka yang demikian bukanlah dari syariat Allah,meskipun dengan secara takwil.Sebab syariat adalah keadilan Allah keatas hambanya dan rahmat dan kasih sayang Allah kepada hambanya”

 

Semua keterangan ini menunjukkan bahawa Allah telah terlebih dahulu menyusun peraturan untuk hambanya supaya setiap permasalahan ada penyelesaian nya.

 

 7.1 Menjaga Kepentingan Agama.

 

            ‘La ikraha fiddin’ tiada paksaan dalam beragama,begitulah indahnya Islam,walaupun agama ini adalah satu-satunya agama yang diredhoi Allah namun Islam tidak pernah memaksa mana-mana individu untuk menerima tanpa kerelaan hati mereka.Lebih-lebih lagi untuk membunuh mereka ,selagi mereka tidak mengancam keselamatan umat Islam.Firman Allah dalam surah Yunus ayat 99 yang bermaksud :

 

“Sekiranya Allah mahu nescaya beriman seluruh yang berada dibumi ini,apakah kamu mahu memaksa manusia supaya mereka beriman?”

 

            Di Malaysia misalnya,walaupun pengganut agama Islam merupakan golongan majoriti dinegara ini,golongan-golongan agama minoriti masih mendapat pembelaan.Masyarakat bukan Islam masih bebas mengamalkan kepercayaan masing-masing.Perayaan-perayaan agama lain selain Islam masih boleh disambut dengan aman dinegara ini.Perayaan Thaipussam misalnya disambut dengan meriah di Batu Caves seolah-olah negara ini majoritinya penduduk beragama hindu.Namun dalam hal ini Islam menggalakkan toleransi selagi mana mereka tidak mengancam umat Islam.Mereka bebas mengamalkan segala kepercayaan agama mereka sebagaimana firman Allah S.W.T dalam surah Al-Kafirun ayat 4-5 bermaksud

 

            “Bagi mereka agama mereka dan bagiku agamaku”

  

            Pengaharaman pemakaian tudung di parlimen Turki,di sekolah-sekolah di Perancis dan kes larangan memakai tudung disekolah di singapura sehingga membawa kepada suatu siri saman-menyaman antara ibu-bapa 2 kanak-kanak keatas kerajaan Singapura merupakan suatu bukti jelas pengkhianatan terhadap nilai-nilai kebebasan mengamalkan agama.Memetik kata-kata Malcom-X,”oarang tidak dapat memelihara agamanya kecuali Islam hadir di tengah-tengahnya”

 7.2 Menjaga Kepentingan Akal

 

            Dunia telah merentasi suatu tempoh ‘Golden age’,setelah perang dunia kedua sehinggalah sekarang perkembangan ilmu adalah begitu mendadak sekali,begitu banyak penemuan-penemuan dan inovasi dalam era ini.Namun apa yang ketara ialah pembangunan mental masyarakat dunia kini dicorakkan pemikiran yang memisahkan dunia dan agama.

 

            Sekularisme yang dahulunya dilihat sebagai jalan keluar daripada kongkongan pada kristian ketika zaman gelap eropah kini menjadi racun yang merosakkan umat manusia.Manusia cuba memisahkan hakikat dan ilmu.Contohnya merokok,perbuatan tersebut boleh mengundang penyakit malah pada kotak rokok itu sendiri tertera ayat ‘AMARAN KERAJAAN MALAYSIA,MEROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN’.Tetapi realitinya dunia menggalakkannya.Arak dan dadah pula terbukti mengkhayalkan,malah berkemampuan untuk merampas anugerah Allah yang paling bernilai kepada manusia iaitu akal,walaupun dalam tempoh yang singkat namun telah menjatuhkan darjat seseorang manusia hingga sampai ke tahap sama atau lebih buruk dari haiwan,kesannya setiap perlakuan adalah diluar kewajaran,di luar penerimaan akal yang waras.

 

            Kepalsuan dan pembohongan mewarnai zaman modenisasi ini,keupayaan media massa membentuk minda masyarakat menjadikan ia alat terpenting bagi merealisasikan cita-cita politik.’Kebenaran’ yang dibawa oleh media kadang-kadang menutup kebenaran yang sebenar.Ilmu memberi kita suatu kesedaran bahawa lelaki dan juga wanita adalah berbeza fungsinya dan saling memerlukan.Namun perjuangan menegakkan hak kaum lebian atau gay yang di perkasakan lagi dengan sokongan media massa menyebabkan manusia menganggapnya sebagai salah satu budaya baru,menolaknya dianggap kolot dan menidakkan hak asasi manusia.Walhal akal kita sendiri membantah perlakuan seumpama itu.

 

            Maka berbalik kepada perbincangan asal,segala kerosakan ini hanya dapat diperbaiki dengan kembali kepada Islam,sekiranya akal ini tidak dibendung atau diberi landasan berfikir yang lurus,nescaya manusia akan hilanglah maruahnya sebagai khalifah di bumi Allah ini.

 7.3 Menjaga Keselamatan Jiwa.

 

 Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :

 

“Setiap muslim itu haram (menceroboh) keatas muslim yang lain ke atas darahnya,hartanya,dan kehormatannya.”

           

            Setiap makhluk ciptaan Allah berhak mendapat hak untuk hidup kecuali dalam beberapa keadaan tertentu.Berdasarkan sabda Rasulullah seperti diatas Islam telah pun meletakkan syarat dan batas-batas untuk seseorang muslim dalam hal yang berkaitan dengan nyawa muslim yang lain.Begitu juga halnya dengan bukan muslim yang tidak menentang umat Islam.Hal ini membuktikan bertapa kehidupan itu adalah hak suci  setiap makhluk yang hidup.Tindakan yang membahayakan diri seperti lumba haram juga adalah dilarang oleh Islam.

 

            Kejatuhan kerajaan Turki Othmaniah selaku kuasa besar Islam suatu ketika dahulu merupakan bencana bukan sahaja kepada umat Islam bahkan dunia.Selepas kejatuhan itu kuasa dunia menjadi dwi polar,kegilaan untuk menyebar luaskan fahaman masing-masing membawa kepada pembunuhan berjuta-juta umat manusia.Di Rusia contohnya seramai 19 juta umat mausia terbunuh demi merealisasikan fahaman komunis.

 

            Pencerobohan Amerika Syarikat ke atas Afghanistan yang kononnya membawa masej demokrasi telah menyebabkan kematian dan kemusnahan serta kerugian harta benda dan nyawa.Dimanakah keamanan sekiranya Amerika sibuk mengebom dan menuduh oarng lain ‘terrorist’Perang menentang keganasan di Iraq,adalah keganasan yang sebenar-benarnya,senjata pemusnah yang didakwa tersembunyi di bumi Iraq tidak pernah wujud.Jadi apakah nilai nyawa yang telah dikorbankan untuk merealisasikan harapan amerika?                                                    

 

            Dunia kini berada di dalam satu pergolakan yang besar,’matlamat menghalalkan cara’ hanya itu sahaja ayat yang boleh menggambarkan tingkah laku penghuni bumi sekarang.Untuk memerangi keganasan pembunuhan ribuan rakyat dan pejuang Iraq dianggap halal,pencabulan hak asasi manusia dianggap remeh.Dimanakah keamanan yang sebenar,adakah tindakan-tindakan yang dipelopori oleh barat ini membawa kepada penyelesaian.Jawapannya tentulah tidak,semua ini jelas menunjukkan bahawa jiwa manusia itu sudah tiada nilainya,sekiranya Islam hadir ditengah-tengah percaturan dunia kini,nescaya perngakhiran yang lebih baik akan kita temui.


7.4 Menjaga Keturunan

 

            Manusia yang dianugerahkan Allah dengan naluri seks sentiasa terdedah kepada perbuatan yang dapat merosakkan keturunan.Misalnya melakukan hubugan seks luar nikah,sehingga melahirkan ank luar nikah yang tiada siapa bertanggungjawab memeliharanya.Tindakan ini akan merosakkan keturunan.Oleh itu Islam mewajibkan perkahwinan sebagai penyelesaian yang paling ideal.Hanya melalui perkahwinan sahajalah keturunan dapat dipelihara daripada kebuasan nafsu manusia.Sehubungan dengan ini Rasulullah bersabda yang mafhumnya :

           

            “Wahai para pemuda barang siapa antara kamu sekalian yang telah cukup persediaan untuk bernikah,maka bernikahlah,sesungguhnya menikah itu dapat menjaga daripada kejahatan mata dan faraj dan bagi yang belum mempunyai hendaklah berpuasa kerana berpuasa mengurangkan nafsu.”

           

Selain itu Islam juga menyuruh umatnya berkahwin supaya kesinambungan generasi manusia dapat terus dikekalkan.Hal ini terbukti nyata sejak Adam A.S hingga hari ni.Sekiranya manusia menidakkan perkara ini maka terjadilah masalah sebagaimana yang pernah dihadapi oleh kerajaan Perancis pada awal kurun ke 20 dimana kerajaan   Perancis pada waktu itu menghadapi masalah kekurangan pemuda-pemuda yang layak untuk menjadi sukarelawan.Kajian mendapati akhir-akhir ini remaja Jepun kurang keinginan melakukan seks bersama pasangan mereka kerana lebih gemar menghabiskan masa menonton filem seks,masa remaja lelaki terutamanya lebih banyak digunakan untuk menikmati kenikmatan seks di internet.Bahkan di negara-negara yang baru lepas berperang menghadapi masalah kurangnya tenaga buruh untuk kembali membangunkan negara.

 

            Hal ini bertambah tenat lagi apabila golongan-golongan kurang akal terus menerus memperjuangkan gay dan lesbian serta pertukaran jantina dan seumpamanya.Malah penggunaan pil cegah kehamilan dan pengguguran yang telah menjadi trend masyarakat dewasa ini mengurangkan lagi sumbangan untuk memperbanyakkan umat manusia,dan yang paling penting lagi mengurangkan pertambahan umat Islam sedangkan nabi berbangga dengan umatnya yang banyak.Rasulullah bersabda marhumnya:

 

            “Kahwinlah wanita yang penyayang dan yang beranak.Kerana aku kelak berbangga dengan umatku yang banyak jumlahnya”

 

            Permasalahan sosial yang melanda dunia masa kini seperti anak-anak bermasalah kerana tiada bimbingan ibu bapa (anak luar nikah),bayi-bayi yang tidak berdosa yang dibuang,kurangnya tenaga buruh dan sebagainya dapat diselesaikan kerana jelas tanpa Islam keturunan manusia akan musnah akibat kerakusan hawa nafsu.

 

7.5 Menjaga Keselamatan Harta.

 

            Islam menganggap hak individu itu adalah hak semulajadi manusia yang perlu dipelihara.Sehubungan dengan itu manusia diperintahkan supaya mencari rezeki hidup dan kekayaan dalam dunia demi keperluan manusia itu sendiri.Oeh itu harta adalah hak individu yang tidak boleh dirampas begitu sahaja malahan nabi kita sendiri pernah berpesan supaya mempertahankan harta dan maruah,sekiranya kita mati semasa mempertahankannya maka itu adalah syahid,sekiranya perompak atau pencuri itu mati maka nerakalah balasannya.

           Islam melarang umatnya menjadikan harta sebagai matlamat hidupnya.Orang yang menjadikan harta sebagai matlamat hidup tidak akan merasa puas.sebaliknya akan tenggelam bersama nafsunya masuk ke lubang kubur.Imam Ghazali dalam kitabnya  Ihya’ Umuluddin berkata :

             “Barang siapa yang mengambil kekayaan lebih daripada keperluannya,maka ia akan bertemu dengan kebinasaan.”

 

            Demi menjamin keselamatan harta benda ini jugalah Islam mewajibkan zakat supaya jurang perbezaan antara yang miskin dan yang kaya tidaklah begitu besar.Sistem sosialis dapat mecapai matlamat ini namun menghadapi masalah dari segi produktiviti manakala sistem kapitalis pula berjaya dari segi produktiviti namun gagal dalam aspek sosialnya.

 

            Menurut para pengkaji politik,pencerobohan keatas Iraq lebih kepada membawa masej ekonomi,kekayaan bumi Iraq selaku negara pengeluar minyak yang kedua terbesar membayangi pemikiran Amerika dan sekutunya.Dimanakah peranan Amerika yang menganggap dirinya polis antarabangsa dalam menjamin keselamatan harta penduduk bumi.

 

            Sekiranya setiap fenomena yang telah berlaku dan sedang berlaku kini diambil iktibar nescaya kita akan mendapati tiada sistem yang lebih baik daripada Islam.Hanya Islam yang mampu memelihara harta manusia.Islam tidak akan membenarkan sebarang cara yang zalim samada untuk mengambil dan memberi harta.

8.0       Penutup

 

Alhamdulillah, akhirnya kajian berkenaan Isu-Isu Yang Menggugat Kewibawaan Islam  dapat disiapkan. Setelah melihat ancaman-ancaman yang dihadapi umat Islam pada hari ini, kami dapat menyimpulkan bahawa umat Islam perlu mengorak langkah drastik untuk membetulkan kepincangan yang berlaku supaya kewibawaan Islam sebagai satu addin yang suci dapat terus dipertahankan.. Paling penting umat Islam perlu mengetahui dengan sejelas-jelasnya apa yang sedang mereka hadapi dan berusaha sebaik mungkin melakukan islah untuk memperbaiki kepincangan yang berlaku.

 

Kini sudah sampai masanya kita merenung sejenak dan membuat pertimbangan daripada apa yang berlaku. Jika kita berani mengakui, sesungguhnya banyak daripada masalah yang kita hadapi hari ini dapat diselesaikan. Sebab itulah budaya kritikan perlu disemarakkan dikalangan umat Islam kerana apabila kritikan dihalang, maka penyelewengan akan meningkat sehingga berlaku pemberontakan yang diiringi dengan pelbagai bentuk kemusnahan. Inilah yang berlaku di kebanyakan negara Islam apabila ada golongan umara’ yang pantang dikritik sehingga sesuatu negara itu terus hanyut dalam arus kesesatan tanpa ada proses timbal balik.          

 

Sekiranya kita mahukan matlamat memartabatkan semula Islam pada tempat yang sewajarnya pula,  golongan yang berkuasa mesti menunjukkan komitmen kepada semua idea-idea murni kearah ini. Dan mereka boleh bermula dengan menstrukturkan semula sistem-sistem dan cara hidup yang digunapakai masakini yang telah menyimpang jauh dari syariat Allah SWT. Itulah landasan yang paling penting dimana umat Islam perlu memastikan ia menjadi suatu komuniti yang benar-benar telus dahulu sebelum mengorak langkah seterusnya.

 

Akhirnya kami memanjat sekali lagi ribuan syukur ke hadrat Allah SWT kerana memberi kami petunjuk serta hidayah untuk menyiapkan tugasan ini.Tidak lupa juga ucapan terima kasih kami kepada Profesor Madya Aminuddin Ruskam Al-Dawamy  atas dorongan dan tunjuk ajar berterusan kepada kami dalam menyiapkan kajian ini. Diharapkan kajian ini bukan sahaja memberi pengetahuan kepada kami sahaja tetapi juga para pencinta ilmu yang lainnya. Sekian.Islam Itu Tinggi Dan Tiada Yang Lebih Tinggi Daripadanya.

 

9.0       Bibliografi

Arieff Salleh Rosman . 2001 . Murtad Menurut Pandangan Islam , Penerbit UTM , Skudai.

 

A.LE Chateleir . 1982 . Ancaman Ke Atas Dunia Islam, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur.

 

Abu Ubaidah Ad Dimasyq . 1995 . akidah Muslim : Krisis Iman Masakini Dan Penyelesaian , Al- Hidayah , Kuala Lumpur.

 

Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. 1986 . Konsep Negara Islam dan Matlamatnya , GG Edar , Kuala Lumpur.

 

Modul Pengajaran Institusi-Institusi Islam . 2000.  , Pusat Pengajian Islam Dan Pembangunan Sosial UTM

 

Profesor Madya Aminuddin Ruskam Al-Dawamy .2004. Modul Pengajaran Islam Dan Isu-Isu Semasa , Pusat Pengajian Islam Dan Pembangunan Sosial, Skudai.

 

http://media.isnet.org/antar/Munafik/index.html

 

http://www.parti-pas.org/modules.

 

http://www.geocities.com/niknazmi/article13.htm

 

http://www.geocities.com/anak_ummi_chanel/penghinaan.html

 

http://myzaidakhtar.blogspot.com/2004_07_01_myzaidakhtar_archive.html