Make your own free website on Tripod.com

1.0       Penghargaan

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Segala puji dan selawat kepada Nabi pilihan Muhammad SAW. Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya , memberikan saya akal fikiran serta panca indera yang sempurna untuk menjalankan kajian ini yang sangat releven untuk memperkasakan para pelajar dalam dunia yang bergerak kearah aliran globalisasi dimana disamping mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam akademik , banyak juga aspek soft skill yang boleh diperoleh daripada kajian seumpama ini .

Penghargaan ini ingin saya rakamkan terutamanya kepada ibu bapa saya yang tidak jemu – jemu memberikan bimbingan dan galakan untuk saya terus cekal dan gigih dalam melakukan kajian ini . Sesungguhnya pengorbanan mereka amatlah besar kerana dari awal kelahiran lagi telah menjadi penggalak utama kepada saya supaya menjadi insan yang begitu cinta dan dahaga kepada ilmu pengetahuan . Tidaklah keterlaluan jika dikatakan mereka juga telah menjadi penyumbang maklumat kepada kajian ini kerana dalam umur yang masih muda ini banyak perkara yang masih belum saya ketahui . Tidak lupa juga kepada ahli-ahli keluarga yang lain

Akhirnya saya ingin memanjatkan doa kehadrat Allah SWT supaya dilimpahkan rahmat kepada semua pencinta ilmu pengetahuan yang terdiri dari golongan pendidik dan pelajar yang tidak jemu-jemu berusaha untuk memartabatkan Agama Allah SWT di muka bumi ini, serta berlindung kepadanya dari ilmu yang tidak bermanfaat. AMIN YA RABBAL ALAMIN.

 

2.0       Objektif

2.1       Pendahuluan

 Sebelum memulakan kajian , saya telah mensasarkan beberapa objektif berupa matlamat yang ingin dicapai sepanjang kajian kursus ini berjalan dan meletakkan sasaran akhir yang diperolehi setelah kajian ini selesai . Adalah penting bagi saya memahami dengan sepenuh hati apa yang diperlukan oleh kajian ini agar saya dapat memaksimumkan manfaat dan ketinggian kualiti yang diperoleh nanti .   

2.2       Kajian Sejarah

 Seperti yang diketahui , pembelajaran sejarah begitu penting bukan sahaja untuk memahami mengapa dan bagaimana sesuatu perkara itu terjadi , tetapi lebih jauh daripada itu ialah apakah pengajaran atau moral yang boleh dicedok daripada bahan-bahan sejarah yang berlaku . Jika boleh dianologikan sejarah ini sebagai suatu susur galur cerita , maka kita akan menemui beberapa watak disebalik  plot cerita yang berlaku . Watak – watak yang mencipta sesuatu tersendiri dalam bidangnya inilahlah dipanggil tokoh . Maka untuk mengetahui latar belakang dan sumbangan seseorang tokoh ,  maka suatu kajian secara ilmiah perlu dibuat untuk menuju kearah itu.Oleh itu saya menetapkan standard yang tinggi bagi memastikan kajian yang terhasil adalah kajian yang berkualiti dan mempunyai nilai keilmuannya yang tersendiri .

2.3       Mengenali Tun Mahathir

Kajian ini dibuat secara individu oleh saya sendiri . Hasil daripada perbincangan awal saya dan guru , serta setelah membuat pertimbangan berkenaan dengan personaliti , aspirasi , latar belakang keluarga , pendidikan , dan pemikiran beberapa orang tokoh , saya  akhirnya memilih Tun Dr Mahathir Bin Mohamad sebagai tokoh yang bakal dikaji . Walaupun bukan sedikit kajian seumpama ini telah dilakukan oleh pihak – pihak lain ,  tetapi saya sekurang- kurangnya ingin cuba memperkayakan lagi bahan-bahan yang ada dan mempersembahkannya dalam bentuk yang lebih menarik hasil daripada pembacaan dan pemerhatian saya ke atas sumber-sumber lain seperti buku-buku ilmiah , internet , serta memberi pendapat dan pemerhatian secara terus . Yang lebih penting lagi ia akan menjadi pembuka jalan kepada saya untuk melakukan kajian yang lebih besar lagi suatu hari nanti . Pepatah Orang Melayu pun ada menyebut  ‘ langkah seribu bermula dengan langkah yang satu ’ . Kajian ini saya anggap sebagai pendedahan awal untuk saya mengetahui  tentang aspek – aspek kajian ilmiah seperti format yang betul , teknik rujukan , penggunaan sumber ilmu dengan sistematik , dan perancangan yang betul untuk memastikan kajian siap seperti waktu yang dijadualkan .

 Bercakap tentang nama besar seperti Tun Dr Mahathir Mohamad , maka sudah ramai yang mengenali tentang sumbangan besarnya kepada Negara Malaysia terutama ketika menjadi Perdana Menteri selama lebih dua dekad . Namun tempoh lama itu menyebabkan adanya beberapa urutan peristiwa yang terkadang terlepas pandang oleh kita . Oleh kerana itulah , dalam kajian ini saya cuba mendokumentasikan semula beberapa sumbangan besar Tun Mahathir Mohamad yang telah memberikan impak tersendiri kepada kemajuan dan pembangunan negara kita pada hari ini . Ini termasuklah aspek – aspek seperti revolusi pemikiran , budaya kerja , keyakinan diri , pendedahan antarabangsa , ekonomi , perpaduan kaum , pendidikan , ucapan dan sebagainya sepanjang era pemerintahan beliau .

2.4       Kajian Latarbelakang

 Melihat kepada sumbangan besar Tun Dr Mahathir Bin Mohammad , saya juga berminat untuk membuat kajian berkenaan tentang latar belakang individu ‘besar’ seperti beliau seperti zaman kanak-kanak , pendidikan , keluarga , dan bagaimana beliau akhirnya dapat menjadi orang nombor satu di Malaysia sebagai kemuncak kepada kejayaan beliau . Bagi saya , inilah aspek yang paling penting untuk saya ketahui dan seterusnya contohi , kerana Tun Mahathir sendiri memulakan kejayaan gemilangnya ini dengan duduk di bangku sekolah  seperti yang saya lalui ketika ini . Sekiranya saya dapat mengikut acuan yang yang baik seperti yang dilalui oleh  Tun Mahathir ini , maka InsyaAllah saya juga mampu menjadi individu berjaya suatu hari kelak yang dapat mengharumkan nama negara . Ini bersesuaian pula dengan hasrat pemerintahan semasa negara yang mensasarkan supaya setiap warganegara menjadi seseorang yang  ‘cemerlang   , gemilang , dan terbilang ’ seperti yang telah dibuktikan oeh Tun Mahathir sendiri

2.5       Tanda Penghargaan

Kajian ini juga saya anggap  sebagai suatu cara untuk menghargai dan mengucapkan terima kasih saya kepada Tun Dr Mahathir atas sumbangan besar beliau dalam kemakmuran dan kejayaan negara . Ini kerana beliau mula menjadi Perdana Menteri sebelum saya lahir lagi dan sudah tentulah perubahan serta dasar – dasar yang direncanakan beliau dapat saya nikmati secara terus sehingga ke peringkat sekolah menengah kini . Contoh terbaik ialah apabila saya memperoleh manfaat dari dasar penggunaan bahasa Inggeris di dalam mata pelajaran sains dan matematik yang diperkenalkan pada zaman pemerintahan beliau .

2.6       Nilai Positif

 Dalam aspek pembinaan diri saya pula , kajian ini jelas memberikan saya perspektif yang baru berkenaan makna kesungguhan dan kegigihan .  Penghasilan kajian ini telah mengajar saya bagaimana sesuatu kecemerlangan atau suatu yang terbaik itu hanya dapat dihasilkan sekiranya kita memberikan seratus peratus tumpuan untuk menjayakannya . Saya dapat belajar bagaimana merancang kajian ini dengan membahagi-bahagikan tugasan yang diberikan kepada unit-unit yang kecil yang menjadikan kajian sebesar ini menjadi lebih mudah di samping memperoleh mutu yang lebih baik .

 Aspek amanah juga dapat dipelajari iaitu menyiapkan tugasan pada masa yang ditetapkan kerana saya amat memahami risiko yang perlu ditanggung sekiranya saya menghantar kajian ini lewat dari tarikh yang dijadualkan , maka ada kemungkinan kajian ini tidak diterima atau menerima potongan markah . Nilai ini saya lihat amat berguna diamalkan lebih – lebih lagi apabila memasuki alam pekerjaan suatu hari nanti .

  Selain itu , saya juga dapat belajar untuk menerima kritikan daripada orang lain seperti guru , ahli keluarga , dan rakan – rakan dengan positif untuk membaiki kelemahan yang terdapat dalam kajian ini . Terkadang ada perkara yang kita rasakan adalah sempurna apabila dilakukan , tetapi dalam masa yang sama orang lain tidak menyukainya . Nilai yang juga dikenali sebagai check and ballence ini  amat penting bagi saya dalam mengharungi kehidupan khususnya ketika berada dalam alam dewasa kelak .

2.7       Pupuk Minat

 Bidang sejarah itu sendiri bukanlah sesutu yang statik . Ianya berkembang dari masa kesemasa . Oleh kerana itulah , saya berharap kajian ini dapat menanamkan minat saya kepada bidang sejarah yang mempunyai kepentingan tersendiri didalam pembangunan negara . Siapa tahu kajian ini suatu hari nanti akan menghasilkan seorang sejarawan yang disegani bukan sahaja di dalam negara , malah diseluruh dunia .

Zaman globalisasi sekarang tidak hanya memberikan keuntungan hanya kepada bidang-bidang tertentu sahaja , tetapi juga kepada semua cabang pengetahuan . Yang penting ialah kita pandai memanipulasi dan bijak menyesuaikan diri dalam dunia yang serba mencabar ini . 

 2.8       Masyarakat Ilmu

 Bagi masyarakat ilmu pula , kajian ini diharap dapat menambahkan lagi sumber rujukan berkenaan dengan Tun Dr Mahathir . Kajian ini diharap menjadi pembuka kepada kajian yang lebih besar lagi apabila dicerna oleh pengkaji yang seterusnya . Sebagaimana diketahui , begitulah caranya ilmu berkembang apabila semakin hari kajian yang dilakukan terhadap sesutu benda , ia terus diperincikan lagi .

 Selain itu , besarlah juga harapan saya supaya kajian ini tidak menjadi suatu kajian yang sekadar melepas batuk di tangga dan hanya dibiar usang setelah ia disiapkan nanti . Paling baik sekiranya kajian ini boleh diberikan tempat dan dipamirkan di perpustakaan sekolah saya supaya dapat diakses dengan lebih mudah oleh pelajar – pelajar lain .

2.9       Penutup

 Akhir sekali , saya benar – benar berharap kajian ini akan sampai kepada matlamat dan objektifnya supaya saya dan juga orang lain memperoleh manfaat daripadanya . Kepada Allah SWT juga didoakan supaya usaha dan kegigihan saya ini akan memberikan manfaat dan diterima sebagai amalan soleh disisiNya . Amin .

 

 

4.0 PENDAHULUAN

            Nama besar seperti tokoh yang dikaji ini , tentulah mempunyai banyak pangilan dan gelaran . Ia sebenarnya berlainan mengikut skop mengapa dan di mana sesuatu kelompok itu berinteraksi dengan beliau . Antara kelompok yang dimaksudkan ialah rakyat kebanyakan , pesakit beliau , rakan dalam politik , dan orang – orang di tempat asal beliau .

 4.1.1    Nama Penuh .

            Nama penuh tokoh ini ialah Mahathir Bin Mohamad . Nama yang begitu sinonim bukan sahaja di peringkat kebangsaan , malah begitu harum dan dikenali di peringkat antarabangsa .

 4.1.2    Dr Mahathir .

            Gelaran Doktor diterima oleh beliau selepas memperoleh ijazah dalam bidang perubatan di King Edward VII College of Medicine yang kemudiannya dikenali sebagai Universiti Malaya di Singapura pada 1947 . Ketika itu beliau mula dipanggil dengan gelaran Dr Mahathir terutamanya selepas membuka klinik sendiri iaitu Maha Clinic di Alor Star . Malah sehingga kini , kebanyakan orang masih terus selesa memanggil beliau dengan gelaran ini yang  mempunyai signifikan yang tersendiri untuk mengiktiraf kejayaan beliau di dalam bidang perubatan sebelum menjadi ahli politik sepenuh masa .

 4.1.3    Dato’ Seri Dr Mahathir.

            Memang sudah menjadi kelaziman bagi Raja – Raja Melayu memberikan penganugerahan dan pingat – pingat kepada individu yang telah memberikan sumbangan dan kebaktian kepada kemakmuran dan kesejahteraan negara . Bagi Dr Mahathir sendiri , beliau telah dikurniakan  pingat  Seri Setia DiRaja Kedah , S.S.D.K oleh KDYAM Sultan Kedah  yang membawa gelaran Dato’ Seri pada 8 Jun 1977 . Bermula dari saat itulah beliau mula dipanggil dengan gelaran Dato’ Seri Dr Mahathir . Malah , bagi rakan – rakan seperjuangan dalam politik dan ahli kabinet  , beliau lebih sinonim dengan panggilan Dato’ Seri sahaja .

            Banyak lagi pingat – pingat yang diterima oleh beliau seterusnya termasuk yang membawa gelaran Dato’ dan sebagainya .  Keterangan berkenaan perincian anugerah – anugerah ini akan dapat dilihat di bawah topik Kejayaan Tokoh .

4.1.4    Che’ Det.

            Nama ini adalah nama timangan beliau sejak dari kecil lagi . Bagi penduduk kampungnya iaitu Seberang Perak, Alor Setar khususnya dan rakyat di kawasasn Parlimen yang diwakili oleh beliau iaitu Kubang Pasu amnya , mereka telah sebati dengan gelaran ini dan terus menggunakannya sehingga sekarang . Sebagai tanda kenang – kenangan , nama ini telah digunakan oleh Kerajaan Negeri Kedah untuk menamakan suatu pusat membeli belah di ditengah – tengah Bandaraya Alor Setar iaitu Che’ Det Mall yang terletak berhampiran dengan Pekan Rabu. 

4.1.5    Dr M .

            Nama panggilan yang cukup ringkas tapi penuh bermakna ini pula kebanyakannya digunakan oleh pengamal media terutamanya media cetak . Lebih menarik lagi pembaca secara automatiknya akan mengetahui orang yang dimaksudkan adalah beliau walaupun nama yang digunakan adalah sebegitu ringkas.  Itulah kelebihan Dr Mahathir yang berjaya menjadi individu yang begitu popular dan dikenali .

4.1.6    Tun Dr Mahathir

            Ini pula adalah panggilan yang digunakan selepas dianugerahkan pingat Seri Maharaja Mangku Negara , S.M.N oleh KDYAM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung Tuanku Syed Jalaluddin Syed Putra Jamalullail pada 31 Oktober 2003 iaitu pada tarikh persaraan beliau .

            Ia adalah tanda penghargaan negara diatas khidmat bakti beliau kepada negara sepanjang 22 tahun menjadi perdana menteri.

4.1.7    Kesimpulan

            Walau apapun gelaran yang dipakai oleh tokoh ini , kehormatan dan keunggulannaya datang daripada bakti , budi dan pengorbanan beliau didalam segenap bidang terutamanya dalam aspek pemerintahan dan pemodenan negara .

 

4.2       Biodata Dan Latar Belakang Tokoh

4.2.0    Pendahuluan

             Mengenali tokoh dari permulaan sejarahnya akan membuatkan kita sedar yang kejayaan yang ingin dicapai adalah bermula dengan usaha yang bersungguh – sungguh dan kegigihan yang jitu . Ini kerana tokoh ini adalah juga seperti insan biasa yang lain yang bermula dengan ‘kosong’ dan pada akhirnya memperoleh kejayaan ‘membukit’ seperti sekarang .

4.2.1    Kelahiran

             Tun Dr Mahathir Mohamad dilahirkan pada 20 Disember 1925 . Beliau dilahirkan di rumah keluarga beliau di Seberang Perak , Alor Setar , Kedah Darul Aman . Beliau adalah generasi yang lahir pada zaman penjajahan . Maka kita boleh membuat kesimpulan , bahawa tokoh ini bukanlah dari golongan yang hidupnya senang sejak dari mula lagi . Malah jika dilihat daripada tahun kelahirannya , kita dapat mengetahui beliau telah melalui banyak siri darurat yang berlaku di negara kita . Barangkali inilah yang menjadi pencetus semangat patriotisme yang mendalam dalam diri beliau

 4.2.2    Alamat

             Dalam satu temuramah dengan salah sebuah akhbar negara ini , Tun Dr Mahathir ditanya apakah aktivitinya selepas bersara . Beliau menjawab bahawa ketika ini beliau sibuk memenuhi undangan memberikan ucapan pada seminar dan konvensyen , manakala masa selebihnya beliau akan berada di pejabat barunya di Yayasan Kepimpinan Perdana dalam usaha untuk mendokumentrasikan segala idea dan wacana beliau selama memegang tapuk pemerintahan negara . Justeru untuk berhubung dengan beliau , adalah lebih baik menggunakan alamat pejabatnya iaitu ; Yayasan Kepimpinan Perdana ,
No.1, Jalan P8H, Precint 8, 62250 Putrajaya, Malaysia .

 4.2.3    Keluarga

             Di sebalik kesibukannya mengepalai sebuah negara yang begitu dinamik dan progresif , beliau sentiasa cuba tidak mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang ketua keluarga . Tun Dr Mahathir telah mendirikan rumah tangga dengan isteri kesayangan beliau Tun Dr. Siti Hasmah Bt Haji Mohamed Ali . Melihat kepada kemesraan pasangan yang telah bersatu lebih kurang setengah abad ini , kita dapat mengetahui Tun Dr Siti Hasmahlah yang menjadi tulang belakang kejayaanTun Dr Mahathir selama ini  . Kita juga telah begitu sinonim dengan ungkapan di ‘sebalik kejayaan seorang lelaki itu pasti ada wanita yang menyokong dibelakangnya’ . Tun Siti Hasmah juga harus dipuji atas kesabarannya termasuk kesediaannya ‘ berkongsi ’ suami tercinta dengan rakyat jelata .

             Perkahwinan bahagia ini telah diserikan lagi dengan kelahiran tujuh cahaya mata . Lebih manis setiap dari mereka telah berjaya dalam bidang masing – masing seperti bidang perniagaan , politik , dan sebagainya . Cahaya mata Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah ialah Datin Paduka Marina Mahathir yang dilahirkan pada tahun 1957 , Mirzan Mahathir tahun 1958 , Melinda Mahathir tahun 1959 , Datuk Mokhzani Mahathir tahun 1961 , Datuk Mukhriz Mahathir tahun 1964 , Mazhar Mahathir dan Maizura Mahathir pada tahun 1984 .

             Satu perkara yang boleh dicontohi disini ialah pembahagian masa yang dilakukan oleh Tun Mahathir antara tugas dan ehwal kekeluargaan yang mana beliau dapat memberikan sumbangan yang besar kepada kemajuan negara , dan dalam masa yang sama membangunkan sahsiah serta kejayaan anak-anak yang diketahui bukanlah suatu perkara yang mudah . Dan ini boleh dijadikan tauladan oleh masyarakat dewasa ini yang sudah mula menjadikan pendidikan anak suatu perkara yang boleh ‘diswastakan’ disebabkan kesibukan mengejar urusan kerja .

 4.2.4    Pendidikan

             Menjadi orang nombor satu di dalam negara membuatkan latar belakang pendidikan adalah begitu penting untuk beliau . Ini adalah untuk menjadikan beliau ampuh menahan segala cabaran yang datang ketika menyandang jawatan yang menentukan jatuh bangunnya nasib bangsa Malaysia .

             Beliau memulakan pendidikan awal di Sekolah Melayu Seberang Perak , Alor Setar , Kedah iaitu untuk pendidikan rendah  pada tahun 1930 . Persekolahan yang sering dibayangi ancaman peperangan itu membuatkan beliau hanya boleh ke peringkat sekolah menengah 15 tahun kemudian iaitu tahun 1945 di Kolej Sultan Abdul Hamid , Alor Setar , Kedah dan lulus peperiksaan Senior Cambridge dengan cemerlang .

             Lanjutan daripada kecemerlangan di peringkat sebelumnya , beliau telah ditawarkan tempat untuk melanjutkan pelajaran keperingkat yang lebih tinngi di Kolej Perubatan King Edward VII Universiti Malaya , Singapura . Pengajian ini berlangsung dari tahun 1947 hingga tahun 1952 . Malah disinilah beliau mula mengenali isteri yang dikasihi yang juga menuntut dalam jurusan yang sama . Setelah tamat pengajian beliau dianugerahkan ijazah perubatan M.B.B.S dan menjadi antara anak Melayu terawal yang memperoleh ijazah seumpamanya .

             Selain pendidikan asas ini , beliau juga amat berminat menambah pengetahuan dalam berbagai bidang melalui pembacaan , kajian , penulisan , dan menghadiri seminar . Contohnya , seawal tahun 1967 beliau telah mula menghadiri Seminar Havard berkenaan perhubungan antarabangsa . Malahan ketika menjadi ketua kerajaan , peluang baginya untuk menimba pengetahuan semakin terbuka luas apabila memenuhi undangan menghadiri forum ekonomi , persidangan antarabangsa , kolokium , perbincangan dua hala dan sebagainya .  

            Bagi beliau , ilmu yang dimiliki bukan hanya untuk menempuh cabaran dalam menjadi ketua kerajaan , malah juga sebagai alat untuk melontarkan idea – idea bernas apabila memberikan ucapan . Terbukti beliau adalah antara orang yang disegani dalam bidang percakapan umum , dan terkenal dengan ketenangan , kelantangan , dan persediaan beliau dalam dalam mengemukakan hujah dalam apa jua bidang sekalipun . Tidak hairanlah beliau sering dijemput untuk memberikan ucaptama kepada persidangan – persidangan besar di peringkat antarabangsa walaupun setelah bersara . Masyarakat antarabangsa jelas sekali masih merindui dan memerlukan idea –idea dan wacana pemikiran beliau sehingga kini .

4.2.5    Kerjaya

             Dalam sistem demokrasi berparlimen seperti yang diamalkan di Malaysia kini , untuk menduduki jawatan nombor satu di dalam negara memerlukan seseorang itu menyertai dan bergiat aktif di dalam politik . Politik itu sendiri bukanlah suatu yang mudah untuk dikuasai dan memerlukan kecekalan untuk menghadapi cabarannya . Bagi Tun Dr Mahathir , segala cabaran itu dihadapi dan ditangani dengan cara yang bijak sehingga berjaya menjadi Perdana Menteri dan kekal lama di kerusi itu sehingga mengundur diri secara sukarela untuk memberikan laluan kepda pengganti yang baru untuk meneruskan kesinambungan aspirasi beliau .

Selepas mendapat ijazah perubatan, Dr Mahathir mula berkhidmat sebagai Pegawai Perubatan di Alor Star, Langkawi dan Perlis dari tahun 1954 hingga tahun 1957. Pada 1957 beliau berhenti dari perkhidmatan kerajaan untuk membuka kliniknya sendiri iaitu Maha Clinic di Alor Star.

Bercerita tentang  pengelibatan beliau dalam bidang politik , Dr Mahathir telah bergiat aktif dalam politik sejak 1945. Apabila  Umno ditubuhkan pada 1946 , Dr Mahathir adalah salah seorang yang pertama mendaftarkan diri sebagai ahli . Di sini kita dapat melihat kesungguhan beliau dan minat beliau untuk mula aktif di dalam politik . Kesungguhan beliau itu membuahkan hasil apabila pada tahun 1964 telah dipilih sebagai Ahli Parlimen Kota Setar berikutan kemenangan dalam pilihan raya umum.

Dr Mahathir mula menjadi Ahli Majlis Tertinggi Umno sejak 1965 . Namun sudah menjadi adat orang berpolitik tidak boleh lari dari berhadapan dengan kemelut dalam politik . Kemelut yang berlaku adalah  perselisihan faham antara beliau dengan Presiden Umno ketika itu, Tunku Abdul Rahman yang kemuncaknya memaksa beliau keluar dari UMNO pada tahun 1969. Semasa berada di luar parti pada 1970 , Dr Mahathir menulis buku The Malay Dilemma. Buku yang cuba mendedah dan menganalisis perwatakan orang Melayu , telah diharamkan dan pengharamannya hanya ditarik balik selepas Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri 18 tahun kemudiannya.

Apabila Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri , Dr Mahathir telah diterima masuk semula ke dalam Umno pada 1972 . Beliau bertanding di Kubang Pasu pada pilihan raya umum 1974 , dan memperoleh kemenangan tanpa bertanding . Selepas pilihan raya , Dr Mahathir dilantik sebagai Menteri Pelajaran dalam kabinet Tun Abdul Razak.

Pada 1976 , Perdana Menteri Tun Abdul Razak meninggal dunia secara mengejut dan penggantinya Datuk Hussein Onn melantik Dr Mahathir sebagai Timbalan Perdana Menteri , dan beliau mengekalkan portfolio pendidikan yang disandangnya . Dr Mahathir kemudiannya diamanahkan jawatan Menteri Perdagangan dan Perindustrian.

Pada pertengahan 1981 ,  Perdana Menteri Datuk Hussein Onn mengumumkan persaraannya dan menamakan Dr Mahathir sebagai penggantinya . Pada Julai 1981 Dr Mahathir mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia keempat , dan dua hari selepas itu sebagai Menteri Pertahanan . Sebagai rekod , Dr Mahathir kini adalah pemimpin paling lama memegang jawatan di Asia Tenggara .

4.2.6    Kesimpulan

            Dr Mahathir telah membuktikan kegagalan , jatuh , dan sebagainya bukanlah titik paling teruk didalam hidup , tetapi ia sebenarnya adalah pemangkin kepada kehidupan yang lebih baik . Benarlah kata – kata seorang pakar motivasi terkenal Dr Shukri Ismail , “ Kejayaan hanya boleh diperoleh oleh insan biasa yang berusaha secara luar bisa” .

 

4.3       Kejayaan Tokoh

4.3.0    Pendahuluan

             Tokoh ini telah membuktikan dirinya adalah seorang yang begitu berjaya apabila bukan sahaja mampu menunjukkan kecemerlangan di dalam satu bidang sahaja , tetapi banyak bidang . Kejayaan ini telah dibuktikan melalui anugerah , pingat , dan pelbagai pengiktirafan yang diterima oleh beliau sehingga ke hari ini .

 4.3.1    Bidang Yang Diceburi

            Antara bidang yang paling awal yang diceburi oleh tokoh adalah bidang perubatan . Ia adalah bertitik tolak daripada kejayaan beliau memperoleh ijazah perubatan . Kerjaya dalam bidang ini dimulakan dengan mencurah bakti kepada kerajaan negeri Kedah iaitu sebagai Pegawai Perubatan di Alor Setar , Langkawi , dan Perlis dari tahun 1954 hingga tahun 1957 . Bertekad untuk hidup lebih berdikari dan maju kehadapan di samping ingin berkhidmat dengan lebih baik kepada masyarakat membuatkan beliau secara rasminya pada tahun 1957 melepaskan jawatan dalam perkhidmatan kerajaan dan kemudiannya mengambil inisiatif untuk membuka klinik sendiri . Maha Clinic yang dibuka di Alor Setar menyaksikan ianya bukanlah ditubuhkan hanya berorintasikan keuntungan semata – mata , tetapi giat menjalankan tanggungjawab sosialnya . Perkara ini terbukti apabila kadar bayaran yang dikenakan kepada pesakit yang mengunjungi klinik beliau adalah bergantung kepada kemampuan mereka . Malah banyak kes yang melibatkan orang – orang miskin dan warga emas tidak dikenakan apa –apa bayaran lansung . Jelas , Tun Dr Mahathir telah berjaya dalam bidang ini , iaitu berjaya dalam bidang pengamalan perubatan dan dalam masa yang sama membuat kebajikan .

            Apabila berhenti daripada perkhidmatan kerajaan , beliau mempunyai lebih kebebasan untuk bergiat aktif di dalam politik . Politiklah bidang yang boleh dikatakan pemacu kepada beliau untuk mencapai kemuncak kejayaan beliau sebagai Perdana Menteri . Beliau mula menjadi ahli UMNO pada tahun 1945 , iaitu diawal – awal kelahiran UMNO . Hasil keterlibatan aktif beliau dan kemampuan untuk menempat, dan menonjolkan diri didalam bidang ini membuatkan beliau terpilih untuk mewakili parti beliau dan seterusnya berjaya memenangi kerusi sebagai Ahli Parlimen Kota Setar pada satu pilihanraya umum pada tahun 1964 . Namun , pada pilihanraya seterusnya , beliau telah tewas kepada calon PMIP , Allahyarham Haji Yusof Rawa . Kekalahan ini , tidak mematahkan semangat beliau untuk  berkhidmat dalam parti , ini dibuktikan apabila beliau terus menyertai pilihanraya seterusnya pada tahun 1974 di Parlimen Kubang Pasu dan telah memperoleh kemenangan tanpa bertanding . Beliau meneruskan tradisi kemenangannya di Parlimen ini sehingga pilihanraya umum 29 November 1999 , yang menjadi pilihanraya terakhir menjelang persaraannya . Ia adalah merangkumi 7 pilihanraya umum kesemuanya .

             Bidang politik yang diceburi menjadikan beliau begitu berpotensi untuk menyertai satu bidang yang begitu penting dalam struktur negara demokrasi berparlimen iaitu Badan Eksekutif iaitu Kabinet yang bertindak sebagai sekumpulan orang yang membuat dasar . Pengelibatan beliau dalam bidang ini bermula apabila dilantik sebagai Senator Dewan Negara pada tahun 1973 , bagi membolehkan beliau yang ketika itu tidak memenangi kerusi dewan rakyat menjadi ahli kabinet . Jawatan dalam kabinet pertama yang disandang oleh beliau adalah Menteri Pelajaran Malaysia . Banyak sumbangan dan jasa beliau ketika memegang portfolio ini , termasuklah mengeluarkan Penyata Mahathir yang  mencadangkan perkara yang perlu dilakukan untuk membawa penambah baikan kepada sistem pelajaran Malaysia . Selepas memenangi semula pilihanraya umum pada 1974 , beliau terus diberi kepercayaan untuk menganggotai kabinet dengan jawatan yang lebih besar iaitu Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 5 Mac 1976 , dan terus menyandangnya sehingga Julai 1981 . Beliau juga turut diberi kepercayaan menerajui portfolio yang begitu penting seperti Kementerian Perdagangan  Dan Industri bermula 1 Januari 1978 hingga bulan Julai 1981 . Kemuncak keayaan beliau dalam bidang ini ialah apabila menjadi Perdana Mentyeri apabila dinamakan secara langsung oleh Perdana Menteri ketiga Almarhum Tun Hussien Onn . Beliau mula memegang jawatan nombor satu dalam negara ini  bermula 16 Julai 1981 hingga 31 Oktober 2003 dan menamakan pula penggantinya iaitu Timbalan Perdana Menteri ketika itu iaitu YAB Dato’ Seri Abdullah Bin Ahmad Badawi . Di samping memegang jawatan sebagai perdana menteri ,beliau juga turut memegang berbagai portfolio dalam kabinet seperti Menteri Dalam Negeri bermula 16 Julai 19841 , Menteri Pertahanan pada 18 Julai 1981 sehingga tahun 1986  ,  Menteri Keewangan Pertama pada September 1998 , dan Menteri Tugas Khas pada bulan Jun 2001 . Maka tidak hairanlah beliau telah disenaraikan sebagai orang kedua yang paling berkuasa di Asia seperti yang menjadi tajuk utama akhbar New Staraits Times di bahagian berita dunia pada 23 May 1997 , ia adalah senarai 50 orang yang paling berkuasa di Asia yang dikaji oleh majalah Asiaweek .

            Tun Dr Mahathir terus bergiat aktif dalam berbagai bidang walaupun selepas persaraannya . Antara bidang yang diceburi selepas persaraannya ialah sebagai penasihat , penyelidik dan penulis buku . Antara jawatan semasa yang dipegangnya kini ialah Penasihat Petroleum Nasional Berhad ( PETRONAS ) , Penasihat Pihak Berkuasa Pembangunan Langkawi ( LADA ) , Penasihat Pihak Berkuasa Pembangunan Tioman     (  TDA ) , Canselor Universiti Teknologi PETRONAS ( UTP ) , Penasihat Perusahaan Automobil Nasional Berhad ( PROTON ) , Pengerusi Ekspidisi Solo ke Antartika 2004/2005 , dan Presiden Kehormat Yayasan Kepimpinan Perdana yang terletak di Putrajaya . Di samping itu , beliau giat memenuhi jemputan untuk memberikan ucapan di dalam dan luar negara untuk berkongsi idea dan pengalaman beliau .

            Dr Mahathir juga bergiat aktif dalam bidang bidang penulisan . Ia merangkumi artikel dalam akhbar , buku , dan juga cakera keras ( cd ) . Antara artikel terawal yang ditulis oleh beliau ialah Melayu – Moden Dan Standard pada 24 April 1949 . Beliau terus menulis beberapa artikel lain yang menyuarakan pendapat dan teguran beliau khususnya untuk membaiki kelemahan yang terdapat pada bangsa Melayu yang amat dicintai oleh beliau . Antara tajuk – tajuk artikel tersebut ialah Pemerintah Hilang Ketaatan tahun 1949 ,  Penanam Padi Melayu Perlukan Bantuan tahun 1949 , Menukar Adat Perkahwinan Melayu tahun 1949 , Kemajuan Melayu Dan Universiti tahun 1949 dan banyak lagi . Buku pertama yang ditulis oleh beliau pula adalah Malay Dilemma tahun 1970 yang telah mencetuskan kontrovesi dalam bidang politik negara berikutan kevokalan beliau menegur sikap dan tabiat buruk orang Melayu . Buku ini disusuli dengan banyak lagi penerbitan seperti Panduan Perniagaan Kechil tahun 1973 , Menghadapi Cabaran tahun 1976 , Membina Bangsa Bermaruah Dan Berdisplin , Memerangi Kemiskinan: Peladang, Penternak dan Nelayan pada tahun 1994 ,  Krisis Matawang Malaysia- Bagaimana & Mengapa Ia Berlaku tahun 2000 , dan puluhan lagi buku – buku lain termasuk koleksi ucapan beliau .

            Dalam bidang aktiviti luar pula , Dr Mahathir amat meminati bidang sukan berkuda di samping gemar melancong di dalam dan luar negara . Malah beliau telah pun menjejakkan kaki ke Antartika dalam suatu ekspidisi ketika masih menjadi Perdana Menteri . Malah beliau telah menerima pengikitirafan iaitu  Sports Personality Award, National Sports Award 2003 .

            Beliau juga amat meminati bidang sastera dan sering diundang untuk mendeklamasi sajak –sajak yang ditulis oleh beliau . Antara karya hebat beliau ialah sajak Perjuangan Yang Belum Selesai , yang masih lagi dapat didengari di siaran – siaran televisyen sehingga kini yang memberikan mesej yang jelas kepada masyarakat Malaysia tentang peripentingnya mempertahankan kemakmuran dan kedaulatan negara ini . 

4.3.2    Sijil –Sijil

            Sijil – sijil yang diperroleh beliau adalah lebih kepada kelayakan akademik seperti sijil Senior Cambridge dan Ijazah Perubatan M.B.B.S yang membolehkan beliau menjalankan prosedur perubatan dan pembedahan . Di samping itu ia merangkumi pengelibatan beliau dalam ratusan seminar , kolokium , dan konvensyen bukan sahaja pada peringkat dalam negara tapi juga luar negara .

            Di samping sijil – sijil yang diperoleh secara langsung melalui proses pembelajaran sebenar , beliau juga banyak menerima sijil – sijil pengiktirafan berupa Ijazah Kedoktoran Kehormat yang dianugerahkan atas sumbangan besar beliau kepada beberapa bidang . Antaranya ialah , Profesor Kehormat , Kyrgyz State University , Republik Kyrgyz , Ijazah Doktor Kehormat ( Kemanusiaan ) dari Universiti Mongolia , Ijazah Doktor Kehormat ( Undang – Undang ) dari Universiti Al – Azhar , Mesir , Ijazah Doktor Kehormat ( Sastera ) dari Universiti Khartoum , Sudan , Ijazah Doktor kehormat dari Universiti Meiji , Jepun , Ijazah Doktor Kehormat ( Pemikiran Islam ) dari Universiti Malaya , dan yang terbaru diterima beliau pada 12 Mac 2005 dari Universiti Islam Antarabangsa Islamabad Pakistan iaitu Ijazah Doktor Kehormat ( Undang – Undang ) , serta puluhan lagi ijazah seumpamanya yang membawa gelaran Doktor .

4.3.3    Pangkat Dan Kebesaran

            Sepanjang perkhidmatan dan selepas besara , Tun Dr Mahathir adalah antara individu di negara ini yang paling banyak dianugerahkan pangkat dan kebesaran khususnya oleh Raja – Raja Melayu dan Yang Dipertua Negeri . Pingat – pingat yang dianugerahkan memberikan berbagai pangkat gelaran kepada beliau .

            Antaranya ialah pingat yang membawa gelaran Dato’ Seri iaitu S.S.D.K.
Seri Setia DiRaja Kedah , S.S.A.P. Sri Sultan Ahmad Shah Pahang , S.P.N.S. Utama
Seri Paduka Negeri Sembilan , S.P.C.M. Seri Paduka Cura Si Manja Kini, Perak , S.S.M.T. Seri Setia Sultan Mahmud Terengganu , dan Darjah Utama Negeri Melaka . 

            Pingat yang membawa gelaran Dato’ pula ialah S.P.M.S. Seri Paduka Mahkota Selangor , S.P.M.J. Dato' Sri Paduka Mahkota Johor , dan S.P.D.K. Seri Panglima Darjah Kinabalu .

            Selain itu beliau turut menerima pingat untuk gelaran khas seperti Adi Jagat iaitu anugerah "Wira Keadilan Dunia" dari Yayasan Pasir Mas dan pingat S.B.S Darjah Satria Bintang Sarawak (Kelas Pertama ) yang membawa gelaran Pehin .

            Dan sebagai kemuncaknya , pada tarikh persaraan beliau iaitu 31 Oktober 2003 , Dr Mahathir telah dianugerahkan pingat tertinggi dalam negara yang membawa gelaran Tun iaitu S.M.N. Seri Maharaja Mangku Negara oleh KDYAM Yang Di Pertuan Agong .

4.3.4   Anugerah

          Pingat serta sijil yang dibincangkan dalam bahagian sebelumnya boleh dianggap sebagai anugerah keatas komitmen , kesungguhan , dan kejayaan nbeliau dalam pelbagai bidang .

          Selain pengiktirafan di peringkat tempatan , beliau menerima sebegitu banyak pengiktirafan dari kerajaan asing atas komitmen beliau dalam memberikan sumbangn terhadap kemajuan dan keamanna dunia khususnya menjadi jurucakap bagi negara dunia ketiga . Antaranya ialah The Knight Grand Cordon (Special Class) of the Most Exalted Order of the White Ele phant – Thailand ,  Pakistan's Nishan I- Quaid-I-Azam Awards , Lions Clubs International 'Head of State' Humanitarian Service-Dadah Abuse Grand Gwang Hwa Medal , the Diplomatic Order of Merit First Class, President of South Korea , Mali's Highest Award-Grand Cross of National Order , Paul Harris Fellowship by the Rotary International, United States , Honorary Citizen, Tirana City, Albania , Ahmad Al-Fatah Award dari  Emir Bahrain Sheikh Isa Salman Al Khalifa dan terbaru pada 18 Mei 2005 ialah anugerah "Order of Republic" award dari  President  Sudan, Omar El-Bashir .

          Badan –badan kerjaan dan bukan kerajaan dalam negara turut memberikan pengiktirafan kepada beliau seperti Fellow kehormat dari Institut Jurutera Malaysia , dan anugerah Beret Hijau kehormat bagi Pasukan Elit Komando bagi Tentera Malaysia .

4.3.5   Pengiktirafan

          Tun Dr Mahathir turut menerima beberapa pengiktirafan seperti Bapa Sumber Manusia pada 20 Mei 1991 , Aekitek Malaysia Moden oleh Majlis Belia Malaysia pada 5 Mei 1992 , dinamakan sebagai Named as Asia's Newsmaker of 1998, oleh majalah TIME , "Anugerah Kecemerlangan Millennium Asean" dari Forum Perniagaan Asean , dan banyak lagi yang bukan sahaja mengharumkan nama beliau sahaja , tetapi juga mengangkat martabat negara yang mempunyai seorang warganegara yang begitu berguna seperti beliau .

4.3.6   Penutup  

          Sumbangan serta khidmat bakti yang dicurahkan oleh beliau menampakkan hasil apabila menerima banyak pengiktirafan dari pelbagai pihak . Ini adalah bukti yang jelas bagi manusia , lumrahnya budi yang baiklah yang menjadi tinggalan yang begitu berharga dan bermana sehingga menjadi sabjungan orang di dalam dan luar negara .

4.4       Sumbangan Tokoh

4.4.0    Pengenalan

            Tokoh ini telah memberikan banyak sumbangan kepada masyarakat , negara dan dunia sebelum menjadi Perdana Menteri lagi dan semakin aktif menabur khidmat bakti setelah memegang taraju pemerintahan negara .

4.4.1    Sumbangan Peribadi .

Antara sumbangan peribadi beliau yang terawal adalah ketika menjadi pengamal perubatan . Ia adalah satu profession yang menjanjikan peluang yang begitu baik untuk lebih mendekati dan berbakti kepada  masyarakat khususnya bagi mereka yang menghidap penyakit . Lebih – lebih lagi perkhidmatan awal beliau dalam bidang ini adalah dengan kerajaan yang tidaklah menjanjikan habuan yang begitu besar dalam pendapatan . Bakti beliau dalam bidang ini terus bercambah dengan kewujudan Maha Clinic yang telahpun dibincangkan secara terperinci dalam bahagian sebelumnya .

Banyak lagi sumbangan peribadi beliau yang terlalu panjang untuk dihuraikan . Lebih – lebih lagi apabila menjadi ahli politik yang sememangnya meletakkan khidmat bakti dan kebajikan masyarakat sebagai prioriti utama untuk berjaya dalam politik . Ini kerana , rakyatlah yang menilai seseorang ahli politik mana yang telah memberikan sumbangan besar terhadap kemajuan dan kebajikan mereka . Kemenangan Tun Dr Mahathir dalam kebanyakan pilihanraya umum yang disertainya boleh menceritakan betapa khidmatnya terhadap rakyat adalah yang terbaik .

4.4.2    Sumbangan Profesional .

             Tidak dapat dinafikan , Sumbangan Tun Dr Mahathir lebih mudah dilihat melalui sumbangn profesional beliau berbanding dengan peribadi . Sumbangan peribadi terutamanya yang bersangkutan dengan sumbangan material kebiasaanya menjadi suatu perkara yang tidak digembar – gemburkan .

             Sumbangan profesional beliau yang paling utama ialah dalam tempoh 22 tahun menjadi Perdana Menteri . Sumbangan Dr Mahathir kepada Malaysia bukan sedikit , malah terlalu banyak jika ingin disenaraikan satu persatu.

4.4.2.1             Budaya Kerja

Pada tahun-tahun awal pentadbirannya , Dr Mahathir telah melancarkan Dasar Pandang ke Timur , di mana kerajaan berpaling kepada negara-negara Timur yang maju seperti Jepun dan Korea Selatan untuk tujuan usaha sama , perdagangan , pendidikan tinggi dan aspek-aspek lain yang difikirkan bersesuaian. Lebih kurang pada masa yang sama , Dr Mahathir memperkenalkan kempen Bersih , Cekap , Amanah yang bertujuan meningkatkan produktiviti dan menanamkan etika kerja serta usaha ke arah kecemerlangan. Menyusul selepas itu ialah kempen Kepimpinan Melalui Teladan yang berhasrat memupuk sifat-sifat kepimpinan yang berkesan bagi dicontohi dan diamalkan oleh segenap lapisan kakitangan Kerajaan.

4.4.2.2             Anjakan Paradigma

Barangkali, sumbangan Dr Mahathir yang paling signifikan ialah idea dan inisiatifnya dalam membawa Malaysia dari sebuah ekonomi berasaskan pertanian kepada yang berasaskan industri , pada pertengahan 1980an. Berikutan langkah berani dalam percubaan menyaingi negara-negara maju (seperti terbukti dengan penubuhan HICOM dan pengeluaran kereta nasional pertama, Proton Saga pada 1985), Dr Mahathir memperkenalkan pula slogan Malaysia Boleh yang pada hakikatnya bukan sekadar slogan kosong yang mahu mengatakan keupayaan Malaysia melakukan apa sahaja . Lebih dari sekadar slogan , Malaysia Boleh adalah konsep yang digunakan sebagai salah satu strategi ke arah mempromosikan Malaysia dan membuka rakyat Malaysia kepada dunia penuh peluang dan kesempatan . Lebih penting , konsep Malaysia Boleh adalah pernyataan keyakinan yang telah menjadi pendorong berkuasa tinggi , yang telah memungkinkan ramai rakyat Malaysia mencapai kejayaan di peringkat antarabangsa.

4.4.2.3             Wawasan 2020

Pada 1990 , Dr Mahathir melancarkan Wawasan 2020 pelan sembilan cabaran yang menggariskan hasrat dan halatuju kerajaan dan rakyat Malaysia iaitu untuk mencapai taraf negara maju menjelang 2020. Taraf negara maju yang dibayangkan Dr Mahathir bukanlah yang meniru cara hidup di negara-negara maju yang ada ketika ini, tetapi yang berlandaskan moral dan nilai-nilai murni mengikut acuan Malaysia sendiri.

 4.4.2.4            Era Teknologi Maklumat     

Pada 1996 Dr Mahathir memacu Malaysia setapak lagi meninggalkan era ekonomi pertanian mundur , kali ini ke arah Zaman Maklumat , dengan melancarkan Koridor Raya Multimedia ( MSC ) . Ekonomi berasaskan pengetahuan yang dirangsangkan oleh pembinaan MSC adalah peringkat ketiga peralihan ekonomi Malaysia yang akan membawa negara ke taraf negara maju menjelang 2020 . Antara lainnya , projek MSC merangkumi aplikasi-aplikasi seperti kerajaan elektronik , tele-perubatan, dan kad pintar serbaguna .

Di satu hujung MSC terletak Lapangan terbang Antarabangsa Kuala Lumpur manakala di satu hujung lagi adalah KLCC, pembangunan gergasi yang menampilkan bangunan pejabat tertinggi di dunia , Menara Berkembar Petronas . Juga terletak di sepanjang koridor ini adalah pusat-penyelidikan dan pembangunan berteknologi tinggi , dan Putrajaya , bandar pintar pertama di dunia yang kini menjadi pusat pentadbiran Malaysia.

4.4.2.5             Jurucakap Dunia

Ramai menganggap Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia yang paling berani dan lantang sehingga kini. Di tanah air mahupun di arena antarabangsa , Dr Mahathir secara berani dan terbuka menyuarakan pendirian negara . Beliau dianggap jurucakap kepada negara-negara Dunia Ketiga mahupun Dunia Islam . Antara lainnya , Dr Mahathir menjadi pengkritik utama kuasa Barat tentang kegagalan menangani pedagang matawang yang menjadi punca krisis ekonomi pada lewat 1990an. Kemudian bila keganasan antarabangsa memuncak pada awal alaf baru, Dr Mahathir dengan lantang mengecam tindakan pengganas, dan berulang kali menegaskan bawa satu-satunya cara menangani keganasan ialah dengan mencari puncanya.

4.4.2.6             Peralihan Kuasa

Pada 22 Jun 2002 di hari terakhir Perhimpunan Agung Umno ke56, Dr Mahathir membuat satu pengumuman yang mengejutkan seluruh negara, bahawa beliau ingin meletakkan jawatannya dalam kerajaan dan parti. Selepas rayuan oleh ahli-ahli Majlis Tertinggi serta penyokong-penyokong parti, Dr Mahathir kemudiannya mengumumkan yang beliau akan terus memimpin negara sehingga selesai Sidang kemuncak Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) pada Oktober 2003 yang mana Malaysia menjadi Pengerusi. Untuk memastikan peralihan kuasa yang lancar, Dr Mahathir menamakan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai penggantinya.

4.4.3    Penutup

            Begitulah sumbangan besar Yang Amat Berbahagia Tun Dr Mahathir sehingga kini yang berjaya menjadi satu orang yang begitu bermanfaat untuk orang lain . Adalah mat disedari , adalah begitu sukar untuk melahirkan ‘ Mahathir Kedua ’ yang memperoleh pencapaian seperti Mahathir sebenar .

 

4.5       Sifat – Sifat Istimewa Tokoh

 4.5.0    Pendahuluan

            Terlalu banyak sifat –sifat istimewa tokoh yang diperoleh apabila kajian ini di buat . Nyatanya sifat – sifat ini lah yang banyak membantu sebagi pemangkin kejayaan beliau .

4.5.1    Ketegasan Bertindak

             Sifat dan kualiti ini amat penting khususnya bagi seorang pemimpin negara seperti beliau . Ini kerana , dalam proses merencanakan sesuatu pembangunan , kita tidak dapat lari dari berhadapan dengan keraguan terhadap perubahan yang ingin dilaksanakan . Antara contoh terbaik ialah projek berbilion ringgit yang dilaksanakan pada zaman pemerintahan beliau seperti  projek kereta nasional pertama Malaysia ( PROTON ) serta projek-projek mewah yang lain seperti Menara Kuala Lumpur , Jambatan Pulau Pinang , Pusat Pentadbiran Kerajaan Putrajaya  , dan banyak lagi projek - projek bertaraf dunia  kerap menghadapi kritikan sewaktu ianya mula dilaksanakan . Namun Dr Mahathir bukanlah seorang yang berpandangan cetek , seperti katanya baru-baru ini : “Kita sudah biasa dengan orang yang mengatakan apa yang kita buat itu salah, tapi kini telah terbukti mereka patut menarik balik kata-kata mereka pada hari kemudian.”

 4.5.2    Berpandangan Jauh

             Kemajuan yang ingin dicapai tidak boleh diperolehi hanya dengan melakukan perancangan jangka pendek , tetapi memerlukan kita melihat masa akan datang . Keistimewaan ini bukanlah bermakna beliau adalah penilik nasib yang dapat mengetahui masa depan , sebaliknya kelebihan ini diperoleh hasil daripada kebijaksanaan dan kesediaan beliau untuk berfikir melampaui sempadan . Satu bukti nyata ialah pewartaan Wawasan 2020 yang memerlukan Dr Mahathir membayangkan kepada rakyat Malaysia tentang apa yang perlu mereka capai puluhan tahun dari sekarang . Dan ianya diakui sesuatu yang cukup baik di mana sekurang – kurangnya rakyat Malaysia mempunyai mindset untuk terus memacu diri mereka ke arah kejayaan .

 4.5.3    `Pemotivasi Berkesan

             Untuk memotivasikan atau menaikkan semangat orang lain , kita tidak semestinya memperoleh kelulusan khusus dalam bidang ini . Hal ini telah dibuktikan sendiri oleh Dr Mahathir yang bijak memanipulasi kedudukan beliau sebagai seorang yang disegani memberikan semangat kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya menyahut cabaran yang sebelum ini tidak pernah terlintas boleh dilakuakan oleh negara kerdil seperti Malaysia . Kempen semangat Malaysia Boleh telah berjaya membawa nama negara kemercu kejayaan dan Jalur Gemilang sudahpun menawan puncak tertinggi di dunia , dibawa mengelilingi dunia dengan ekspedisi kapal layar secara solo , merentasi antartika dengan memecahkan rekod pengembaraan di benua tersebut , kecemerlangan dalam sukan , dan juga menjadi Pengerusi pertubuhan besar seperti OIC dan NAM .

 4.5.4    Pemidato Hebat

             Memberi ucapan adalah suatu cara bagi beliau memberitahu wadah dan perancangan beliau kepada seluruh rakyat . Barangkali ketinggian ilmunyalah yang menyebabkan beliau tidak pernah kekok untuk memberikan pendapat dalam apa jua bidang termasuk ekonomi , politik , keagamaan , dan diplomatik . Kelebihan ini amat dikagumi kerana bukan semua orang mampu memberi keyakinan dan penerangan kepada orang melalui pengucapan awam ( public speaking ) , di samping mampu mengekalkan perhatian para pendengar walaupun sesuatu ucapan itu mengambil masa berjam – jam lamanya .

 4.5.5    Rajin Menimba Ilmu

             Dr Mahathir membuktikan beliau begitu rajin menimba ilmu pengetahuan apabila dapat menguasai banyak cabang ilmu pengetahuan walaupuin bidang asal beliau adalah perubatan  . Menteri Keewangan Kedua Tan Sri Nor Mohamed Yaakob pernah berkata Dr Mahathir adalah pendengar yang baik apabila beliau pernah dipanggil oleh Dr Mahathir segera untuk menerangkan berkenaan kegiatan manipulasi matawang berikutan krisis keewangan yang melanda negara sekitar tahun 1998 . Beliau menjadi pendengar dan penganalisis yang baik apabila telah memahami perkara tersebut dan berjaya membawa Malaysia keluar dari kemelut kemelesetan apabila mewartakan tindakan bijak mengikat nilai matawang Malaysia berbanding dolar Amerika .

 4.5.6    Keazaman Tinggi

             Kejayaan Dr Mahathir pada hari ini banyak diwarnai dengan jatuh bangun beliau seperti kata pepatah melayu ‘ bersusah – susah dahulu , bersenang – senang kemudian ’  . Contohnya beliau begitu berazam tinggi terhadap cita – cita politiknya sehingga masih mendokong perjuangan parti beliau walaupun pada suatu masa pernah dipecat daripada partinya . Hasilnya , beliau berjaya menduduki kerusi presiden parti dan menjawat jawatan nombor satu dalam kerajaan .

 4.5.7    Kuat Bekerja

            Satu lagi sifat istimewa Tun Dr Mahathir ialah begitu kuat bekerja demi memenuhi komitmennya untuk memajukan negara . Tugas beliau tidaklah hanya terhad memanaskan kerusi Perdana Menteri di pejabatnya sahaja , tetapi juga melakukan suatu kerja yang mungkin kita tidak pernah jangkakan dilakukan oleh beliau . Bekas pemandu beliau pernah menceritakaan bagaimana Tun Dr Mahathir dan dia pernah meninjau dan meredah satu tapak yang penuh semak dan juga ladang sawit tanpa ada pengiring . Kawasan yang dikunjungi itulah yang kini dipanggil Putrajaya yang begitu pesat membangun dewasa ini .

4.6       Penutup

             Adalah suatu yang panjang untuk menceritakan tentang sifat – sifat yang dikagumi yang ada pada tokoh . Tetapi yang lebih penting adalah aspek pengamalan sifat tersebut dalam diri orang lain pula kerana ‘ acuan yang baik jugalah akan menghasilakn kuih yang berkualiti ’ .

            Janganlah kiranya sifat – sifat ini hanya didendangkan dalam bentuk sejarah semata – mata kerana salah satu matlamat sejarah itu sendiri adalah untuk generasi seterusnya mencontohi perkara – perkara baik yang telah terbukti mampu membawa seribu satu manfaat kepada agama , bangsa , dan negara .

5.0       Rumusan

             Alhamdulillah , akhirnya kajian tokoh iaitu Tun Dr Mahathir Bin Mohamad telah berjaya disiapkan . Bagi saya tidak rugi mengkaji sumbangan , latar belakang serta pemikiran negarawan ulung seperti Tun Dr Mahathir Mohamad . Mengenali Dr Mahathir adalah sama seperti mengenali Malaysia itu sendiri kerana Tun adalah antara inidividu yang begitu banyak mewarnai pembanguan , cara berfikir , serta penempatan diri di pentas dunia bagi rakyat Malaysia .

             Terlalu banyak perkara yang boleh dimbil dan dipelajari daripada sejarah Tun Dr Mahathir , seseorang yang begitu bersemangat tinggi dalam menjayakan sesuatu pekerjaan yang dilakukan . Pada pendapat saya , kuantiti bukanlah motif utama untuk mengikut jejak langkah beliau tetapi kita perlu menitikberatkan aspek kualiti yang mampu membawa diri kita ke suatu tahap yang lebih baik . 

            Mungkin bagi Tun , beliau telah berpuas hati atas hasil yang diperoleh sehingga kini , tetapi bagi saya , ianya hanyalah suatu permulaan untuk menempuh masa hadapan yang lebih mencabar . Adalah diharapkan , kajian serba ringkas berkenaan kehidupan dan sejarah Tun Dr Mahathir ini dapat memberikan petunjuk untuk saya menempuh cabaran yang mendatang .

Di waktu Malaysia bakal menyambut Ulangtahun Kemerdekaan yang ke-48 pada bulan ogos ini , rakyat berasa amat terhutang budi kepada Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad di atas wawasan jauh dan sumbangan gergasinya kepada negara . Hampir separuh dari 48 tahun usia Kemerdekaan negara , kita berada di bawah kepimpinan beliau yang dinamis dan tidak mengenal penat lelah .

Selepas persaraan Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad pada Oktober ini, nama beliau akan terus terpahat sebagai Bapa Pemodenan Malaysia, negarawan ulung yang telah menjadikan Malaysia sebuah negara moden, makmur, ceria dan penuh bertenaga.

                        Kepada rakyat Malaysia , diharapkan kalian tidak lupa kepada budi , jasa , pengorbanan , serta manfaat yang dibawa oleh beliau dalam membentuk negara Malaysia seperti yang kita kenal pada hari ini . Sebuah negara yang dilimpahi dengan kemakmuran , kemajuan ekonomi , dan kestabilan yang mana ada negara yang masih menganggap ianya suatu mimpi yang sukar menjadi kenyataan . Janganlah kita menjadikan beliau seorang wira yang dipinggirkan , setelah tidak memegang jawatan dalam kerajaan lagi . Paling baik ialah kita meneruskan kesinambungan usaha beliau selama ini , dan memenuhi harapan beliau untuk memacu negara ini menjadi sebuah negara maju seperti yang disasarkan dalam Wawasan 2020 .

"Bukan kecil tugas kita meneruskan perjuangan kemerdekaan kita kerana rupanya selain memerdekakan, mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara" , Tun Dr Mahathir Mohamad 14 Mei 1996.

 

 

SAJAK PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI

Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayat hati
Dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina

Air mata tiada ertinya
Sejarah silam tiada maknanya
Sekiranya bangsa tercinta terpinggir
Dipersenda dan dilupakan

Bukan kecil langkah wira bangsa
Para pejuang kemerdekaan
Bagi menegakkan kemuliaan
Dan darjat bangsa
Selangkah bererti mara
Mengharung sejuta dugaan
Biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara
merdeka dan bangsa terpelihara
air mata sengsara
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita

Tugas kita bukan kecil
Kerana mengisi kemerdekaan
Rupanya lebih sukar dari bermandi
Keringat dan darah menuntutnya
Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
Kalau bangsaku asyik mengia
Dan menidakkan,
Mengangguk dan membenarkan,
Kerana sekalipun bangganya negara
kerana makmur dan mewahnya
bangsaku masih melata
dan meminta-minta di negaranya sendiri

Bukan kecil tugas kita
Meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
Kerana rupanya selain memerdekakan,
Mengisi kemerdekaan jauh lebih sengsara

Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
Bukankah sejak zaman berzaman
Mereka menjadi pelaut, pengembara
Malah penakluk terkemuka ?
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap
Menjadi pedagang dan peniaga
Selain menjadi ulama dan ilmuwan terbilang ?
Bukankah bangsaku pernah mengharung
Samudera menjajah dunia yang tak dikenal
Bukankah mereka pernah menjadi
wira serantau
Yang tidak mengenal erti takut dan kematian ?

Tugas kita belum selesai rupanya
Bagi memartabat dan memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati
Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
Bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya
Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
Kerana masa depan belum menjanjikan syurga
Bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa

Perjuangan kita belum selesai

Kerana hanya yang cekal dan tabah
Dapat membina mercu tanda
Bangsanya yang berjaya.

 

-           Mahathir Mohamad, Malam Puisi Utusan
       4 Mei 1996

6.0       Rujukan

 1989. Kamus Dewan Edisi Baru , Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

2004 , Buku Cenderamata Sempena Istiadat Konvokesyen Khas Tun Dr Mahathir , Universiti Teknologi Malaysia , Skudai , Johor

 Zainuddin Maidin. 1994 . Mahathir Di Sebalik Tabir , Kementerian Penerangan , Kuala Lumpur .

 Sejarah Perdana Menteri Keempat http://www.umno-online.com/

 Penghargaan Tun Mahathir , www.geocities.com/mywinfall/Tribute.htm

 Tokoh Perdana Menteri www.geocities.com /tokoh_agung/ tokohPM MahathirbinMohammad.htm

 4th Prime Minister biodata , www.plf.com.my

May 23 , 1997 Dr M ranked as second most powerful in ASIA , The New Straits Times , NSTP Press , Kuala Lumpur .